• Promosi bulan Ini

    Beli 6 percuma 1. Penjimatan melebihi RM100. Sah sehingga hujung bulan ini sahaja.

  • Vivix - Si Tonik Ajaib

    Vivix tidak dikenali dengan nama jolokan Si Tonik Ajaib kalau ia bukan benar-benar menghairankan ramai pengamal perubatan.

  • Bisnes dengan RM75? Ada ke?

    Anda tidak perlu mempunyai rumah kedai yang sewanya RM2000 sebulan untuk berniaga. Tidak perlu meminjam bank untuk mencari modal. Cukuplah dengan RM65 dan kehendak hati yang tinggi. Insya-Allah pasti berjaya. Saya akan tunjukkan caranya.

Thursday, February 5, 2015

AIR LIUR ANAK MELELEH IBU KEMPUNAN MASA MENGIDAM, MITOS ATAU KEBENARAN

Salam sejahtera untuk anda semua pembaca blog mamadanialdania. Terima kasih kerana sudi melawat blog saya ni ye. Lama rasanya saya tak menulis tiba-tiba rindu pulak hati ni nak menarikan jari di papan kekunci.
 
Pernah tak korang dengar pasal air liur anak meleleh sebab mak kempunan masa mengidam...hihihi. Ye ke? Ok jom kita share dua story ni ye.
 
Sekadar gambar hiasan
 

STORY 1
  
    Mak saya penah citer ada sorang anak kawan dia tu teringin sangat masa mengandung nak makan buah kedondong a.k.a amrah jirannya tapi segan sangat nak mintak. Bila dia bersalin dan anaknya umur dah 3,4 bulan macam tu anaknya asyik meleleh air liur je. Satu hari jiran dia tanya napa anak meleleh air liur macam tu. Apa yang dia kempunan nak makan masa mengandung dan dia cakap nak makan buah kedondong jiran dia tulah. Jiran dia punyalah terkejut dan cakap napa la tak mintak. Terus jiran tu bagi segugus buah kedondong dan mintak dia calitkan buah tu pada mulut anak dia. Alhamdulillah tak meleleh dah air liur anak dia.
 
STORY 2
 
   Ni pulak kisah rakan sekerja saya satu jabatan dengan saya tapi lain cawangan. Tahun lepas saya ada buat puding roti dan macam biasa share lah kat facebook kan. Dia ada cakap teringin sangat nak rasa tapi dek kesibukan saya langsung terlupa nak buatkan dan dia  dah selamat bersalinpun. Minggu lepas dia dok usik-usik saya kata air liur anak dia meleleh sebab dia teringin nak makan puding roti saya tu. Saya sangkakan dia bergurau dan saya abaikanlah apa dia cakap tu tapi satu hari tu dia cakap memang betul apa yang dia cakap tu. Malam tu tiba-tiba saya rasa serba salah pulak pasal kes kempunan tu. Saya ajak suami pergi cari bahan untuk buat puding roti tu pukul 10 malam. Mujur kedai masih bukak lagi. Rezeki kawan sayalah nampaknya. Alhamdulillah. Balik tu saya terus buat puding roti tu dan esoknya saya bagi dia satu bekas. Mintak dia suapkan puding roti saya tu kat mulut anak dia. Bila saya Tanya balik Alhamdulillah air liur anaknya dah kurang meleleh dah dari dulu. Harap-harap dah tak keluar terus dah la ye. hihihi.

Ni la pic puding roti yang saya uploade kat fb hingga buat kawan saya
teringin nak rasa..hihihi
 
So saya terpikir jugak apakah betul kes kempunan masa mengidam ni atau hanya mitos orang tua-tua saja. Tapi kenapa bila dah bagi makanan yang ibu kempunankan tu air liur anak Alhamdulillah tak keluar dah macam sebelum dapat makanan tu.
 
Sebenarnya perkara biasa apabila air liur bayi sering meleleh kerana pada usia ini (sehingga 4 tahun), proses penghasilan air liurnya memang aktif. Namun, jika air liurnya keluar berlebihan, ia berisiko menjadi radang atau jangkitan pada sekitar mulutnya. Penghasilan air liur berlebihan juga mungkin salah satu tanda bayi hendak tumbuh gigi. Air liur yang meleleh ini tiada kaitan dengan mitos yang mengatakan ia ada kaitan dengan si ibu yang gagal memenuhi keinginan (mengidam) sewaktu mengandungkan bayinya dulu. “. Sumber – Adriea
 
Mungkin ada orang cakap secara kebetulan saja. Tapi saya tak nafikan yang cakap orang-orang tua kadang-kadang ada kebenarannya. Tak salah kita untuk percaya selagi ia tidak memesongkan akidah kita sebagai umat Islam. Wallahualam.