• Promosi bulan Ini

    Beli 6 percuma 1. Penjimatan melebihi RM100. Sah sehingga hujung bulan ini sahaja.

  • Vivix - Si Tonik Ajaib

    Vivix tidak dikenali dengan nama jolokan Si Tonik Ajaib kalau ia bukan benar-benar menghairankan ramai pengamal perubatan.

  • Bisnes dengan RM75? Ada ke?

    Anda tidak perlu mempunyai rumah kedai yang sewanya RM2000 sebulan untuk berniaga. Tidak perlu meminjam bank untuk mencari modal. Cukuplah dengan RM65 dan kehendak hati yang tinggi. Insya-Allah pasti berjaya. Saya akan tunjukkan caranya.

Wednesday, December 24, 2014

JOM MEMASAK! TERAPI STRESS

Salam sejahtera buat semua pembaca blog mamadanialdania. Saya doakan semoga anda semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang yang Esa.
 
Hujan turun dari pagi lagi langsung tak berhenti. Aduhai, nak keluar kemana pun malas. Tapi takpe ni hujan rahmat. Lagipun dah hujung tahunkan. Bila dah hujan perut asyik lapar jekan. Asyik nak makan la pulak. hihihi. Tapi kalau rajin bolehlah memasak. Nak masak apa? Malas, tak tahu. Ha tu alasan je tu. Rajin-rajinkan diri menjenguk dapur. Tengok periuk, kuali, sudip tu, mesti ilham datang tiba-tiba. Saya dulupun trauma kalau sebut pasal masak. Boleh baca  perkongsian pengalaman pertama saya memasak disini

Jom masak
 
Ada waktunya saya rasa stress sangat. Stress dengan macam-macam benda. Saya buntu kadang-kadang nak tenangkan hati saya. Tapi bila stress saya kuat makan. Saya rasa dengan makan hati jadi tenang. Dan caranya saya kene masak. Saya suka makan makanan yang manis-manis kalau saya stress. Dari kuih-muih hingga kek. Semuanya menyelerakan. Saya cari resepi sendiri dengan kawan baik saya Cik Google. Resepi semua ada dihujung jari. Betapa mudahnya kita para wanita masakini.  
Stressnya!!
Ibu saya pakar memasak semua kuih muih tradisional. Tapi saya tak minat untuk belajar memasak kuih-muih ni. Bagi saya dulu memasak menyusahkan. Kalau nak makan kuih beli je. Kan senang, kalau masak nak kena kemas semua peralatan yang bersepah di dapur. Tapi persepsi saya mula berubah dan mula belajar buat kuih dan kek bila saya menerima sebuah kukus dari mak saya yang dibeli di Wang Klian.Kukus ni sangat istimewa bagi saya. Lagi-lagi ia dibeli olah wanita kesayangan saya. Tentu ada makna tersembunyikan...suruh masak la tu..hihihi.
 
Syukur Alhamdulillah akhirnya saya berjaya  menyediakan pelbagai hidangan kuih muih dan kek. Apa yang saya paparkan ni bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk yang saya pandai memasak ye tapi niat saya nak kongsikan pada anda semua yang tiada apa yang mustahil kalau kita terus mencuba. In shaa Allah.
 
 
Aneka resepi kek dan puding roti

 
 
Pelbagai hidangan


 Aneka kuih muih
 
 
 

 Kek Coklat kegemaran ibu saya, dah banyak kali buat
 
 
Kuih Seri Ayu kegemaran saya
 
Ha, macamana? Seronok ke seronok tengok hidangan yang telah saya sediakan tu. Jangan bimbang macam yang saya kata sekarang ni resepi masakan mudah dicari. Ada banyak blog masakan seperti Resepi Ringkas Tapi Sedap, My Resepi, Blog Cikgu Suraya. Tu antara contoh blog masakan yang selalu saya ikut. Saya gembira dapat menyediakan hidangan buat En Suami saya. Bukan mengharapkan sebarang pujian  selepas menyajikan masakan untuk insan kesayangan saya tu. Terasa penat lelah di dapur hilang bila melihat makanan yang kita masak habis dijamah. Syukur Alhamdulillah.
 
Tapi bila dah banyak makan, makan pulak makanan yang manis-manis mulalah Cik Gemuk datang bertandang.Usah risau berat anda masih boleh dikawal ye. Cuba amalkan Set Shape Up Shaklee ini. Produk yang terkandung didalam set ini adalah Cinch Shake Mix, Lecithin, Alfalfa Complex dan Herb Lax.


Kebaikan :

  • Badan yang langsing dan rapi
  • Nampak lebih anggun
  • Rasa unggul
  • Rasa lebih bertenaga
  • Meningkatkan keyakinan diri
  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh

So, tak payah nak risau dah lepas ni walaupun anda yang paling over makan masakan sendiri ye. Memasak, memasak juga. Tapi kawal berat badan agar jangan berlebihan.


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
 

Hubungi Helniza bt Saruddin untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE
HELNIZA BT SARUDDIN
Shaklee ID : 1169494
012-5674034 (Call, SMS, WhatsApp)

joe_ieza@yahoo.com





 
 




Thursday, December 18, 2014

MEMBUKA PINTU REZEKI DENGAN DHUHA

Salam sejahtera, salam ceria untuk semua pembaca blog mamadanialdania. Saya doakan apa yang kita lalui hari ini lebih baik dari kisah semalam, mudah-mudahan Allah kabulkan. In Shaa Allah.
 
Saya masih lagi bercuti panjang selama seminggu menjaga anak bujang saya yang baru lepas berkhatan. Boleh baca perkongsian pengalaman saya di di sini. Tapi dalam kesibukan tugas menguruskan anak yang belum sembuh dan juga urusan rumahtangga rutin melakukan solat dhuha saya masih lagi seperti biasa. Alhamdulillah saya ingin konsisten melakukannya jika diizinkan oleh Allah.
 
Dulu-dulu masa saya masih bujang ketika duduk menumpang di rumah makcik saya di Kl setiap hari pada seawal jam 8.00 pagi  saya akan melihat Makcik saya melakukan solat. Mula-mula pelik juga dan hati bertanya sendiri "Eh!Mak Lang ni solat apa pulak pagi-pagi hari ni". Bila ditanya solat apa DHUHA katanya. Masa tu tak ambik kisah sangat. Cuma saya mula mengamalkan solat Dhuha ini pada awal Tahun 2014. Walaupun kadang-kadang terbabas juga tapi selepas hari raya Aidilfitri yang lepas saya mula konsisten melakukan solat Dhuha ini. Hidup mula rasa tenang walaupun kadang-kadang ada juga masalah yang saya dihadapi. Alhamdulillah.

Betapa istimewanya Dhuha
 

APA ITU SOLAT SUNAT DHUHA?

Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih kita sebagai hambaNya kepada Allah SWT atas segala kurniaan hidup yang diberikan kepada kita. Selain itu juga solat ini bertujuan untuk memohon dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya. Dicukupkan segala kekurangan di dalam kehidupan ini.

Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”

Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”  (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)

Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”(HR Al-Hakim dan At-Tabrani)


WAKTU SOLAT DHUHA

Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Boleh juga kita merujuk pada takwim waktu solat sekiranya cuaca tidak menentu.  Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, jadi masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi. Tetapi yang afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter) lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.

Zaid bin Arqam r.a. berkata: Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda;  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).

 “Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”
 

CARA MENGERJAKAN SOLAT DHUHA
 

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat. Memadai jika kita dapat melakukan walau hanya 2 rakaat sahaja setiap hari.

 

1.  Niatnya:
 
 
2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/  Al-lail dan Al-Insyirah.
 
b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas
  
3.   Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:
 



DOA SOLAT DHUHA
 
 Doa Waktu Dhuha / Doa Murah Rezeki
اَللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاؤُكَ، وَالْبَهَاءَ بَهَاؤُكَ، وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ، والْقُوَّةَ قُوَّتُكَ، والْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ، وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ، اَللَّهُمَّ إنْ كَانَ رِزْقِيْ فِي السَّمَاءِ فَأنْزِلْهُ، وَإِنْ كَانَ في الأَرْضِ فَأَخْرِجْهُ، وَإِنْ كَانَ مُعَسِّرًا فَيَسِّرْهُ، وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ، وَإِنْ كَانَ بَعِيدًا فَقَرِّبْهُ، بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَبَهَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ، آتِنِيْ مَا آتَيْتَ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ.

Maksudnya : Ya Allah, Sesungguhnya waktu dhuha itu dhuhaMu, Kecantikannya kecantikanMu, Keindahannya keindahanMu, Kekuatannya kekuatanMu, Kekuasaannya kekuasaanMu, Perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah, Jika rezeki masih dilangit turunkanlah, Jika dibumi keluarkanlah, Jika sukar permudahkanlah, Jika haram sucikanlah, Jika jauh dekatkanlah.

Berkat waktu dhuha, KecantikanMu, KeindahanMu, KekuatanMu, KekuasaanMu,

Limpahkan kepadaku segala yang telah Engkau limpahkan,  kepada hamba-hambaMu yang soleh.
 
BERUSAHA MELAPANG DAN MELUANGKAN MASA
Setiap hari kita memang sentiasa sibuk. 24 jam seharipun kalau diikutkan memang takan cukup untuk kita menyelesaikan semua urusan kehidupan. Tapi apa kata lepas ni kita luangkan masa yang ada untuk menyerahkan diri kita pada yang Esa barang seketika. In shaa Allah, Allah akan cukupkan segala kekurangan baik dari segi masa dan rezeki kita. Yang penting terus berusaha dan salah satunya ialah dengan berterusan melakukan solat Dhuha. Mungkin disaat ini Allah belum mengurniakan kesenangan hidup pada kita tapi In Shaa Allah satu hari nanti Allah akan makbulkan jua permohonan kita. 



"Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.”
(At-Thalaq 65 : 2 – 3)
 
Jika anda rasa entry ini bermanfaat untuk orang lain, mohon anda click button LIKE di bawah dan SHARE entry ini dengan rakan-rakan yang lain. Mungkin satu KLIK LIKE daripada anda dapat memberi manfaat pada yang lain. Terima kasih.
 



Wednesday, December 10, 2014

MENITI KEDEWASAAN DIMUSIM CUTI


Salam sejahtera buat semua pembaca blog mamadanialdania. Saya doakan anda semua sentiasa gembira menjalani kehidupan seharian. Musim cuti sekolah sudah dua minggu lebih berlalu. Setiap minggu ada je jemputan kenduri kahwin di sana sini. Mana yang berkesempatan kita pergi kita pergilahkan mana yang tak sempat nak pergi bolehlah kita kirim sampul angpau pada kawan-kawan yang pergi sekurang-kurangnya adalah saguhati untuk tuan rumah ye. Selain dari majlis kenduri kahwin aktiviti wajib lain dimusim cuti ni apalagi kalau tak majlis berkhatan. Anak saya pun salah seorang 'mangsa' jugak. hihihi. Jom kita kongsi kebaikan berkhatan ni dari sudut kesihatan ye.
 
  1. Mengurangkan risiko jangkitan saluran kencing
  2. Mengurangkan risiko jangkitan penyakit kelamin dikalangan lelaki
  3. Perlindungan terhadap kanser zakar
  4. Mencegah penyakit 'balanitis' iaitu keradangan pada kepala zakar
  5. Mencegah penyakit 'balanoposthitis' iaitu keradangan pada kepala zakar dan kulit kulup
  6. Mencegah 'phimosis' iaitu kulit kulup yang ketat (buta) dimana ia tidak boleh ditarik ke belakang untuk mengeluarkan kepala zakar
  7. Mencegah 'paraphimosis' iaitu kulit kulup yang ketat dan tidak dapat dikembalikan kepada kedudukan asal. Ianya menjerut di bahagian pangkal kepala zakar dan ianya sangat sakit

Kalau ikutkan saya nak khatankan anak pada 1 Dis tapi klinik tu dan penuh so tarikh yang kosong pada 8 Dis je. Terlupa pulak tu tarikh birthday anak bujang saya yang ke 10 jadi takde keklah untuk birthday tahun ni. Takpe kek boleh beli lepas baik khatan nanti.
 
Saya pilih untuk khatankan anak di Klinik Raoofah (Pakar Bersalin dan Sakit Puan) yang terletak di Slibin, Ipoh. Banyak juga cadangan klinik lain dari kawan-kawan pejabat tapi saya tergerak nak cuba klinik ni sebab sebelum ni kawan saya dah khatankan anaknya di klinik ni jugak Alhamdulillah tak sampai seminggu dah baik dah lagipun saya nak cuba kaedah 'clamp'yang ada diklinik ni.
 
Klinik Raoofah
Jom kita kongsi kaedah-kaedah berkhatan yang ada. Mana tahu ada ibu bapa yang nak melalui anak berkhatan nanti mungkin ini boleh dijadikan panduan.
 
KAEDAH TRADISIONAL
 
kaedah cara lama
Kaedah berkhatan tradisional biasanya dilakukan oleh Tok Mudim yang tidak menggunakan bius. Kebiasaannya, pesakit dikehendaki untuk berendam didalam air sejuk selama beberapa lama sebelum menjalani proses berkhatan untuk memberi rasa kebas. Teknik ini menggunakan kelengkapan seperti pisau, gunting dan penyepit. Teknik ini adalah agak rumit kerana ianya memerlukan teknik jahitan bagi menjahit luka. Proses penjagaan selepas selesai berkhatan kaedah tradisional juga dikatakan sedikit rumit dan luka memakan masa lama untuk sembuh.
 
KAEDAH KONVENSIONAL
 
‘Cautery’
Kaedah konvensional adalah penambahbaikan kepada kaedah tradisional. Penggunaan bius telah digunakan bagi mengurangkan rasa sakit semasa proses berkhatan. Terdapat berbagai jenis peralatan yang boleh digunakan untuk kaedah konvensional ini. Kaedah konvensional yang lebih murah ialah dengan menggunakan pisau (blade) dan gunting. Teknik jahitan pula digunakan untuk memberhentikan pendarahan. Kaedah lain yang lebih mahal ialah dengan menggunakan alat yang  dimanakan ‘Cautery’ bagi menggantikan penggunaan pisau dan gunting. Alat ini sering disalah erti sebagai laser. Cautery ini adalah satu alat yang menggunakan elektrik atau bateri. Ia menghasilkan haba di hujungnya dan boleh digunakan untuk memotong lebihan kulit dan membakar salur darah bagi mengurangkan pendarahan. Namun, kaedah ini mengambil masa yang lama sedikit di antara 20 minit sehingga 45 minit bergantung kepada pesakit dan tahap pendarahan.
 
KAEDAH MODEN
'clamp'
Kaedah rawatan moden adalah dengan menggunakan bius dan menggunakan teknik sepitan atau ‘Clamp’ bagi menggantikan teknik potong dan jahitan. Kaedah ini adalah cepat kerana tidak memerlukan jahitan. Selepas 7 hari, pesakit hanya perlu pergi ke klinik untuk menanggalkan ‘Clamp’. Walaubagaimanapun, ada terdapat sedikit masalah terpencil terhadap teknik ‘Clamp’. Kebanyakan pesakit akan dapat menanggalkan ‘Clamp’ dengan mudah secara sendiri, namun ada sebahagian kecil yang menghadapi masalah ketika proses penanggalan.
Sekiranya penyembuhan luka tidak berlaku dengan sempurna, ketika proses membukanya kadang-kadang pesakit akan merasa sakit kerana berlaku sedikit pendarahan.
 
WAKTU BERKHATAN DAH TIBA
 
Jadi sampai masa yang ditetapkan anak saya semakin berdebar. Malam 8 Dis dia tidur pukul 12.00 malam tapi pukul 4.00 pagi dah terjaga. Kes takutlah tu mata tak mau lena. Temujanji dengan Klinik pukul 10.30 pagi. Kami sampai agak lewat sikit. Setelah selesai pendaftaran anak saya adalah orang terakhir yang akan dikhatankan sebab klinik ini hanya mengambil 5 orang pesakit saja untuk dikhatankan pada setiap hari. Selesai membuang air kecil dan menukar memakai kain pelikat anak saya terus duduk dikerusi yang disediakan dengan debaran dihati.
 

Sabar menunggu giliran
Senyum je dalam hati tak siapa tahu
 
Tiba je giliran anak saya dipanggil dia masuk ke dalam bilik rawatan sambil ditemani suami dan abang saya. Saya pula hanya menunggu di luar bilik sebab bawa anak bongsu sekali. Tak sampaipun 10 minit dalam bilik Dr saya hanya dengar raungan dan jeritan je. Aduhaila anak jangan bagi ibu awak berdebar di luar ye. Alhamdulillah dalam masa lebih kurang setengah jam segala urusan anak saya selesai. Leganya hati bila tengok dia keluar dari bilik rawatan dengan sengihan lebar, tadi bukan main lagi menjeritnya. Sabar je lah. So selesai semua saya ke kaunter untuk menjelaskan bayaran perubatan. Bagi teknik 'clamp' ini bayaran yang dikenakan adalah berjumlah RM180.Ubat-ubat juga dibekalkan seperti ubat tahan sakit, alahan, antibiotic dan juga cream sapu selepas cucian.
 
SESI BERPANTANG SELEPAS BERKHATAN
 
Berpantang dari segi pemakanan
Ada banyak pendapat sebenarnya mengenai berpantang. Terpulang kepada masing-masing. Kalau ikut doktor, tak perlu berpantang pun . Kalau saya pulak secara peribadi saya lebih suka ambil langkah berjaga-jaga. Sepanjang tempoh luka masih belum kering, saya tak bagi anak saya makan makanan laut, ayam dan ikan yang boleh membuatkan gatal (cth ikan kembung) dan juga ikan yang berbisa (cth ikan mayong, sembilang dan pari). Kalau kes biasa, luka ambil masa lebih kurang seminggu untuk kering (bagi yang cepat ada juga lepas 3 hari dah ok). Jadi, bukanlah teruk sangat nak berpantangkan? Saya paling takut kalau luka jadi gatal, bernanah atau lambat kering, lagi kes naya. Ada juga orang pesan jangan minum air banyak-banyak sangat, nanti lambat baik. Tak tahulah saya betul ke betul. Anak saya minum macam biasa, sederhana sahaja. Takut juga kalau tahan-tahan sangat minum nanti kencing tak lawas, sakit pulak bila nak buang air kecil.

Berpantang dari segi aktiviti lasak
Ada sesetengah budak lepas 3 hari dah baik katanya, boleh berlari macam tak ingat dunia. Tetapi berjaga-jagalah juga ya takut bentan  dan luka berdarah balik. Seelok-eloknya bagi masa untuk anak berehat. Saya memang suruh anak saya baring je sebab dia ni lasak orangnya tak reti duduk diam.  
 
Berehat sakan
 
Mungkin sessi berkhatan ni adalah 'cuti terindah' kot dalam hidup anak saya di musim cuti sekolah ni. Jadi pada semua ibu bapa di luar sana yang masih ada anak belum dikhatankan mungkin entri saya ini boleh dijadikan panduan untuk anda di luar sana.

Jika anda rasa entry ini bermanfaat untuk orang lain, mohon anda click button LIKE di bawah dan SHARE entry ini dengan rakan-rakan yang lain. Mungkin satu KLIK LIKE daripada anda dapat memberi manfaat pada yang lain. Terima kasih.

 



ADA DOA DIHUJUNG KATA

Salam sejahtera buat semua pembaca blog mamadanialdania. Saya doakan anda sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T.
 
Semalam masa saya baru balik kerja tekak ni tetiba nak makan goreng pisang panas-panas. So mintak suami singgah beli goreng pisang berdekatan dengan rumah saya. Sementara tunggu goreng pisang saya siap berdekatan gerai tu ada sekumpulan remaja perempuan sedang duduk bersembang-sembang a.k.a melepak. Walaupun jarak diorang dengan saya agak dekat tapi apa yang mereka bualkan tak dapatlah dipastikan cuma saya sempat dengar seorang dari mereka ni cakap "Aku taulah aku ni bodoh, bangang tak pandai macam korang." Dan disambut pulak oleh kawannya dengan cakap "Ko ni asyik cakap ko bodoh,bodoh..patutlah result periksa ko tak pernah yang elok, dah ulang2 cakap bodoh banyak kali." Akhirnya hanya gelak ketawa yang kuat je saya dengar dari diorang kebetulan goreng pisang saya pun dah siap dan saya terus je pergi dari gerai tu tapi sepanjang saya balik perbualan remaja ni terngiang-ngiang semula ditelinga saya.

 
 sekadar gambar hiasan

BERCAKAP PERKARA YANG BAIK-BAIK
 
Kebanyakan dari kita main cakap je apa yang kita rasa nak cakap. Asalkan hati puas kita tak fikir apa lagi dah. Orang tua-tua selalu pesan yang ‘Kata-kata itu satu doa. Kalau disebut 44 kali benda tu jadi betul’. Tapi kita asyik fikir takkanlah kita akan sebut benda tu 44 kali kan. Tapi mana tahukan kalau asyik sebut je mana tau entah-entah lebih dari 44 kali. Ha, memang terus kun fa ya kun la jawabnya. Dalam kehidupan kita kadang-kadang tak sedar apa yang jadi itu adalah permintaan kita secara tak disedari. Kita suka cakap benda-benda  negatif walaupun perkataan itu tertuju pada diri sendiri. Macam kes budak perempuan tadi tu lah dia asyik ulang cakap yang dia tu bodoh dan kawan dia pun cakap result periksa tak pernah baguspun. Kan elok kalau dia ulang cakap nak jadi pandai, memang pandailah jadinya. So apa kata lepas ni kita berfikir sebelum kita bercakap. Ingat dan tanam kat dalam diri bahawa apa yang kita cakap itu adalah doa dan ia mungkin boleh terjadi.


AKU ADALAH SANGKAAN HAMBAKU

Sebenarnya  apa yang kita sangka terhadap Allah, maka itu adalah keputusan kita terhadap Tuhan yang Maha Esa. Apa yang kita fikir terhadap kehidupan yang kita lalui sekarang, itu adalah doa. Apa yang kita kata terhadap kehidupan, itu adalah doa.Apa yang kita rasa terhadap kehidupan, itu adalah doa. Apa yang kita lakukan (bertindak) terhadap kehidupan, itu adalah doa.Betapa besarnya  setiap perilaku manusia dalam kehidupan seharian. Semuanya berkait rapat dengan doa. Apa yang ingin dikongsikan di sini adalah, lakukan segala-galanya dari aspek yang baik dan positif. Kerana firman Allah,
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” – Al-Baqarah, ayat 286.

MAKBULNYA DOA DARI IBU BAPA

Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam kehidupan seorang anak. Apa yang difikirkan dan diucapkan  boleh saja menjadi satu doa. Kalau baik yang disebut, baiklah jadinya kalau tak elok begitulah sebaliknya. Selalunya tentulah kata-kata yang tidak elok menjadi ucapan dibibir bila hati diselaputi amarah. Jadi kita ucapkan yang baik-baik sahaja pada anak-anak agar ia menjadi satu doa untuk keberkatan hidup mereka.
 
 
SEMUANYA ADALAH DOA
 
Amalkan setiap apa yang kita fikir, kata, rasa dan bertindak dengan cas-cas yang positif. Bantuan yang pasti adalah bantuan daripada Allah. Ini disebutkan dalam firmanNya:
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” – Al-Baqarah, ayat 45.
Jawapannya ada dalam kitab suci Al-Quran. Minta dengan penuh kesabaran dan kepercayaan bahawa Allah pasti tunaikan. Soalnya bila, itu bukan hak kita. Kerana Allah sahaja yang tahu bila masa yang sesuai dan terbaik untuk diberikan kepada hambaNya. Tugas kita? Berusaha sehabis baik dalam mengerjakan perbuatan-perbuatan yang menjurus kepada impian yang diinginkan.


 

* Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.