Salam sejahtera buat semua pembaca blog mamadanialdania. Saya doakan anda sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T.
Semalam masa saya baru balik kerja tekak ni tetiba nak makan goreng pisang panas-panas. So mintak suami singgah beli goreng pisang berdekatan dengan rumah saya. Sementara tunggu goreng pisang saya siap berdekatan gerai tu ada sekumpulan remaja perempuan sedang duduk bersembang-sembang a.k.a melepak. Walaupun jarak diorang dengan saya agak dekat tapi apa yang mereka bualkan tak dapatlah dipastikan cuma saya sempat dengar seorang dari mereka ni cakap "Aku taulah aku ni bodoh, bangang tak pandai macam korang." Dan disambut pulak oleh kawannya dengan cakap "Ko ni asyik cakap ko bodoh,bodoh..patutlah result periksa ko tak pernah yang elok, dah ulang2 cakap bodoh banyak kali." Akhirnya hanya gelak ketawa yang kuat je saya dengar dari diorang kebetulan goreng pisang saya pun dah siap dan saya terus je pergi dari gerai tu tapi sepanjang saya balik perbualan remaja ni terngiang-ngiang semula ditelinga saya.
sekadar gambar hiasan
BERCAKAP PERKARA YANG BAIK-BAIK
Kebanyakan dari kita main cakap je apa yang kita rasa nak cakap. Asalkan hati puas kita tak fikir apa lagi dah. Orang tua-tua selalu pesan yang ‘Kata-kata itu satu doa. Kalau disebut 44 kali benda tu jadi betul’. Tapi kita asyik fikir takkanlah kita akan sebut benda tu 44 kali kan. Tapi mana tahukan kalau asyik sebut je mana tau entah-entah lebih dari 44 kali. Ha, memang terus kun fa ya kun la jawabnya. Dalam kehidupan kita kadang-kadang tak sedar apa yang jadi itu adalah permintaan kita secara tak disedari. Kita suka cakap benda-benda negatif walaupun perkataan itu tertuju pada diri sendiri. Macam kes budak perempuan tadi tu lah dia asyik ulang cakap yang dia tu bodoh dan kawan dia pun cakap result periksa tak pernah baguspun. Kan elok kalau dia ulang cakap nak jadi pandai, memang pandailah jadinya. So apa kata lepas ni kita berfikir sebelum kita bercakap. Ingat dan tanam kat dalam diri bahawa apa yang kita cakap itu adalah doa dan ia mungkin boleh terjadi.
AKU ADALAH SANGKAAN HAMBAKU
Sebenarnya apa yang kita sangka terhadap Allah, maka itu adalah keputusan kita terhadap Tuhan yang Maha Esa. Apa yang kita fikir terhadap kehidupan yang kita lalui sekarang, itu adalah doa. Apa yang kita kata terhadap kehidupan, itu adalah doa.Apa yang kita rasa terhadap kehidupan, itu adalah doa. Apa yang kita lakukan (bertindak) terhadap kehidupan, itu adalah doa.Betapa besarnya setiap perilaku manusia dalam kehidupan seharian. Semuanya berkait rapat dengan doa. Apa yang ingin dikongsikan di sini adalah, lakukan segala-galanya dari aspek yang baik dan positif. Kerana firman Allah,
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” – Al-Baqarah, ayat 286.
MAKBULNYA DOA DARI IBU BAPA
Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam kehidupan seorang anak. Apa yang difikirkan dan diucapkan boleh saja menjadi satu doa. Kalau baik yang disebut, baiklah jadinya kalau tak elok begitulah sebaliknya. Selalunya tentulah kata-kata yang tidak elok menjadi ucapan dibibir bila hati diselaputi amarah. Jadi kita ucapkan yang baik-baik sahaja pada anak-anak agar ia menjadi satu doa untuk keberkatan hidup mereka.
Amalkan setiap apa yang kita fikir, kata, rasa dan bertindak dengan cas-cas yang positif. Bantuan yang pasti adalah bantuan daripada Allah. Ini disebutkan dalam firmanNya:
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” – Al-Baqarah, ayat 45.
Jawapannya ada dalam kitab suci Al-Quran. Minta dengan penuh kesabaran dan kepercayaan bahawa Allah pasti tunaikan. Soalnya bila, itu bukan hak kita. Kerana Allah sahaja yang tahu bila masa yang sesuai dan terbaik untuk diberikan kepada hambaNya. Tugas kita? Berusaha sehabis baik dalam mengerjakan perbuatan-perbuatan yang menjurus kepada impian yang diinginkan.
0 comments:
Post a Comment