Tuesday, November 25, 2014

ASAM PEDAS MANIS

Salam sejahtera buat semua pembaca blogmamadanialdania. Semoga anda semua sentiasa dilimpahi dengan kasih sayang dan rahmat Allah S.W.T.
 
Saya sedang terfikir-fikir nak masak apa petang ni untuk makan malam kami. Menunya ringkas je. Tapi apa ye? Sedang terfikir-fikir ni teringat pulak kisah 10 tahun dulu. Resepi pertama saya di rumah mertua setelah 3 hari berumahtangga. Masa kecil saya dipelihara oleh opah saya. Saya sangat manja dan tak pernah buat kerja rumah. Sampailah saya remaja dan kembali tinggal dengan mak saya. Bila mak sibuk memasak di dapur saya baring di dalam bilik. Takde perasaan sikitpun nak tolong mak. Dasar anak dara pemalas (hihihi, saya mengaku ye). Lepas mak siap masak tanpa rasa bersalah keluar bilik dan terus ambik pinggan untuk makan. Berbulu je mata mak saya agaknya  tengok aksi anak dara dia..ampun ye mak!!!
 
Aktiviti wajib waktu mak memasak di dapur
So masa saya di rumah mertua selepas 3 hari berkahwin selepas semua adik beradik suami balik ke rumah masing-masing bermulalah episod menakutkan dalam hidup saya yang saya tak pernah terfikir pun selama ni..hahaha.
 
"Dah tengahari ni, apalagi masak lah, perut dah lapar ni." En suami saya order masakan pertama pada wife dia tanpa tahu sikitpun latar belakang tahap kecekapan saya di dapur.
"MASAK? Saya masak?" Saya tanya En suami balik tanpa rasa bersalah..hihihi.
 
"Ha, awaklah masak, sapa lagi."
 
ABANG, SAYA TAK TAHU MASAK. Hati saya menjerit nak bagitahu hal sebenar tapi saya tak boleh jatuhkan maruah saya sewenang-wenangnya di depan suami. Mana boleh malulah saya..hahaha...
 
Tak boleh jadi ni. Saya terus call mak saya. Saya mesti mintak satu resepi hari ni pada mak saya, mesti.
 
"Hello mak! Tolong mak. Orang kene masak ni...nak masak apa?"
Jawapan yang saya dapat tentulah bebelan dari mak saya. Dekat 10 minit jugak saya terpaksa tadah telinga dengar syarahan percuma dari mak saya.
 
"Dulu orang masak kamu tidur dalam bilik."Pot pet pot pet lagi mak saya menyambung bebelnya. Oh ibuku tersayang ini bukan masanya untuk membebel mak tolonglah perturunkan satu resepi buat anakmu ini. Saya merintih di dalam hati..huhuhu
 
"Ha masak je asam pedas ikan..bahan-bahannya...bla..bla..bla..cara masaknya bla..bla..bla."
 
Ok selesai je sesi menuntut resepi dari mak saya, saya terus ke dapur. Ala, senang je resepi mak bagi tu.. Ingat susah sangat masak. Wah sempat lagi saya berlagak manja ye anda semua.Selesai je masak saya terus hidangkan pada suami yang dah lapar nak makan tengahari dan tentunya tak sabar-sabar nak rasa air tangan pertama isteri dia. Kebetulan bapa dan makcik suami takde di rumah jadi kami berdualah yang makan dulu. Saya cedok nasi dan letakkan ikan dipinggan suami dan tengok dia menjamah masakan pertama saya tu.
 
Sekadar gambar hiasan
 


"Ni asam pedas ikan ke bubur ikan?" Eh biar betul encik abang saya ni. Sedap mulut dia je cakap saya masak macam tu. Saya renung muka dia sebab rasa tak puas hati.
 
"Awak rasa kalau tak caya." Dia tahu saya tak puas hati dengan dia.
 
Saya ambil dan rasa sesudu asam pedas tu. Memang manis, manis ya amat.hahaha..berapa kilo agaknya gula yang tumpah dalam asam pedas saya tu. Baru saya teringat yang saya main campak je bahan-bahan dalam tu.Saya pikir semua dah sedap. Tapi saya silap. Dan haritu saya terpaksa juga mengaku di depan suami yang saya memang tak pandai memasak. Langsung tak tahu. Nasi pun saya pandai masak masa umur saya 17 tahun itupun ayah saya yang ajar cara masaknya kebetulan mak saya takde di rumah hantar rombongan pengantin ke Melaka. Terasa menyesalnya saya tidak menuntut ilmu memasak dari mak saya selama setahun saya dalam tempoh bertunang dengan suami. Sekarang sapa yang malu? Saya jugakkan. Sejak peristiwa tu saya berazam untuk belajar memasak. Saya ingin buktikan pada suami yang dia tak rugi memilih saya sebagai teman hidupnya. Wah gitu.hahaha.
 
Setiap hari saya mengambil resepi yang ada di dalam internet. Saya print, bawa balik dan tampal di dinding. Kalau orang boleh masak setengah jam saya pulak mengambil masa satu jam untuk menyiapkan hidangan saya. Saya tak kisah janji saya pandai masak. Dan alhamdullillah setelah 10 tahun menjadi seorang isteri saya sudah boleh memasak semua lauk pauk, nasi minyak, nasi lemak, nasi ayam beberapa jenis kuih muih tradisional juga saya minat membaking kek. In shaa Allah dimasa akan datang nanti boleh saya kongsi resepi yang sedap-sedap dengan anda semua ye. Moralnya di sebalik kisah ni buat semua anak-anak dara di luar sana yang masih belum bertemu jodoh  atau masih lagi di alam persekolahan sila belajar memasak ye adik-adik semua. Jangan jadi macam kisah saya ni.
 
Kata orang tua-tua nak tambat hati suami ikat dulu perutnya.
 

Apa Komen Anda

2 comments:

  1. Hehehe..betul2, kak :-) Alhamdulillah, kinah blh lah msak..tp, jgn lah d mintak msak bnda pelik2 dh lah.. Mmg haru biru.. Mak selalu jugak bising suruh bljr masak nasik dagang. Tp, cm leceh je.. Byk step..huhu

    ReplyDelete
  2. Las Vegas (NV) Casinos - Mapyro
    Find casinos in 문경 출장마사지 Las 아산 출장마사지 Vegas, NV, United States 여수 출장안마 and search for the best casinos in 광주 출장마사지 Las Vegas, 경상남도 출장샵 NV. The casino has 1,000 slots in the casino.

    ReplyDelete