Salam sejahtera buat semua
pembaca yang sudi mencuri waktu melayan nukilan saya ini. Semoga
anda semua dikurniakan segala kebaikan dunia dan akhirat dari Allah S.W.T.
Maafla semua ye sebab coretan pertama saya ini berkisar tentang “seseorang” yang pernah dipinjamkan seketika dalam hidup saya satu waktu dulu. Mungkin ada yang akan cakap buat apa nak imbau kisah silam benda dah berlalukan. Tapi ini kenangan, sejarah hidup saya jadi saya nak abadikannya. Mana tahu dengan perkongsian kisah ini ada para ibu di luar sana yang ada anak-anak yang berkeadaan seperti arwah anak saya dulu mungkin masih ada kesempatan lagi untuk bertindak.
DANIA QAISARA
DANIA QAISARA
Saya sangat gembira selepas saya melahirkan puteri saya ini pada 24.09.2009. Namanya Dania Qaisara. Terasa lengkaplah hidup saya masa tu sebab dah ada sepasang cahayamata. Anak sulung saya lelaki dan masa itu berumur 5 tahun. Saya besarkan Sara nama manjanya dengan penuh kasih sayang
sehingga kadangkala saya macam tak nampak sangat abang dia..hihihi bukan tak sayang ye tapi lebih pada Saralah tumpuan saya masa tu (excited sangat dapat anak perempuan)
SARA SAKIT?
Dania Qaisara |
SARA SAKIT?
Masa terus berjalan sampailah umur Sara mencecah 7 bulan. Apa yang saya nampak Sara tak aktif, Sara tak boleh meniarap dan Sara tak riang macam baby sebaya dia. Sara jugak selalu demam. Bila saya bawa jumpa Dr tapi Dr cakap ok, takde masalah. Semuanya
nampak ok walaupun saya rasa ada yang tak
kena dengan Sara sampailah satu hari pengasuh Sara bagitahu tentang
nafas Sara yang tak teratur dan laju masa dia tidur. “Takdelah
kak, saya tengok ok jer”. Saya nafikan apa yang Kak Iefa
cakap sebab saya rasa Sara sihat je. Salahkah saya sebab tak prihatin dengan
Sara? Saya prihatin..sangat-sangatlah prihatin lagipun Sara menyusu badan dengan saya. Tentu saya lagi nampak keadaan Sara macamanakan. Setiap hari Sara tidur dalam pelukan saya. Tapi mungkin Allah nak tutup mata saya untuk semua ini atau senang kata
memang sudah tertulis nasib Sara.
Hinggalah sesuatu yang
menakutkan terjadi dalam hidup saya pada suatu hari. Pada 23/04/2010 ketika
saya di bilik air anak sulung bagitahu Sara jatuh dari katil. Saya berlari keluar dan saya tengok Sara dah ada di celah katil. Terus saya angkat Sara dan dia
hanya menangis sikit mungkin terkejut sebab jatuh agaknya. Kebetulan suami saya takde malam tu jadi saya terus call Mak saya sebab risau first time Sara jatuh katil. Mak saya cakap In Sha Allah ok, takde apa-apa.
Besoknya 24/04/2010 saya dan
suami bersiap-siap nak hantar anak sulung yang ada temasya
sukan Tadikanya di Komplek Sukan di Stadium berhampiran rumah saya. Selepas
tu kitorang terus bawa Sara ke klinik sebab Sara demam pagi tu. Selesai semua urusan di klinik kami datang balik ke stadium nak tengok sukan anak sulung tapi sebab dah lambat sukanpun dah habis. So kitorang terus balik lagipun Sara tak sihat.
Tiba saja di rumah saya nak susukan Sara dulu sebelum bagi dia makan ubat tapi saya tengok mata Sara separuh terbuka. Saya panggil nama dia banyak kali tapi langsung takde respond. Saya
dapat rasakan Sara berada dalam keadaan yang membimbangkan jadi saya dan
suami terus kejarkan Sara ke hospital. Tiba di hospital Sara terus dibawa kebahagian kecemasan. Selesai semua
urusan Sara terus ditolak ke wad Pediatrik. Tak sampaipun 10 minit sorang nurse bagitahu saya Sara perlu ke wad PICU
sebab keadaannya kritikal. Allahuakbar..dugaan apakah ini ya Allah untukku?
SARA SAKIT JANTUNG?
Sebaik saja Sara ditempatkan di wad PICU seorang Dr datang bertanyakan keadaan sebenar Sara macamana. Saya ceritakan semuanya termasuk kes Sara jatuh dari katil. Dr buat pemeriksaan dan saya lega bila Dr bagitahu punca Sara jadi macam tu bukan sebab jatuh katil sebab Dr cakap kalau jatuh dari tempat tinggi dalam anak mata akan ada darah tapi keadaan Sara ok. Cuma yang mengejutkan saya apabila Dr cakap JANTUNG Sara dah rosak. Sara ada sakit jantung????Mustahil Sara sakit…mustahil. Tapi dulu semasa umur Sara 3 hari seluruh badan Sara pernah biru secara tiba-tiba. Bila dibawa ke hospital dan ditahan selama dua hari Dr cakap semuanya ok. Tiada masalah apa-apa, tiada juga follow up dari hospital selepas itu. Walaupun persoalan mengapa tubuh Sara boleh jadi biru terus menjadi tanda tanya pada saya tapi tiada jawapan yang pasti atau mungkin itulah petanda awal Sara sakit jantung. Hati saya menidakkan semua ini tapi jiwa saya dapat merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku pada Sara. Ini gerak rasa saya, naluri keibuan saya. Setiap perkembangan Sara akan dilaporkan oleh Dr kepada saya. Hinggalah keesokan harinya pada 25/04/2010 Sara diberitahu berada dalam keadaan kritikal. Dr berusaha dengan memberikan ubat yang paling kuat untuk Sara tapi ubat itu langsung tak berfungsi pada tubuh Sara lagi. Selain dari jantung yang dah rosak kini hati Sara pula sudah gagal berfungsi juga akibat jangkitan kuman. Ya Allah Ya Tuhanku betapa besar ujianMu padaku Ya Allah. Saya panjatkan doa supaya Sara saya dapat terus bertahan.
Tak sanggup melihat penderitaan Sara
MASA-MASA TERAKHIR BERSAMA SARA
Malamnya saya bacakan surah
yasin di sisi Sara dan saya letakkan tangan saya atas ubun-ubunnya. Saya
nak Sara rasa sentuhan tangan saya. Sentuhan tangan ibu yang telah
melahirkannya ke dunia ini. Sentuhan tangan ibu yang sangat-sangat
mengasihinya selama ini. Mana tahu dengan sentuhan saya itu ada keajaiban
berlaku. Selepas itu saya dipanggil oleh seorang Dr sebab nak bagitahu keadaan terkini Sara.
"Puan saya mintak maaf, anak puan sangat kritikal..buah pinggangnya juga dah rosak sebab jangkitan kuman. Peluang dia untuk terus hidup hanya 50-50”. Kata-kata terakhir Dr itu melemahkan seluruh jasad saya. Kaki saya lembik untuk berdiri dan saya hampir jatuh. Saya betul-betul rasa dunia saya gelap secara tiba-tiba. Seorang kenalan yang turut menjaga anaknya di depan katil Sara sempat menarik saya duduk di kerusi. Saya menangis disitu. Menangis semahu-mahunya. Saya tahu Sara tidak akan lama lagi dengan saya. Saya terus ke katil Sara, saya pegang ubun-ubunnya dan saya cium lama dahi Sara .
"Puan saya mintak maaf, anak puan sangat kritikal..buah pinggangnya juga dah rosak sebab jangkitan kuman. Peluang dia untuk terus hidup hanya 50-50”. Kata-kata terakhir Dr itu melemahkan seluruh jasad saya. Kaki saya lembik untuk berdiri dan saya hampir jatuh. Saya betul-betul rasa dunia saya gelap secara tiba-tiba. Seorang kenalan yang turut menjaga anaknya di depan katil Sara sempat menarik saya duduk di kerusi. Saya menangis disitu. Menangis semahu-mahunya. Saya tahu Sara tidak akan lama lagi dengan saya. Saya terus ke katil Sara, saya pegang ubun-ubunnya dan saya cium lama dahi Sara .
Saya terus masuk ke dalam
bilik yang disediakan untuk para ibu yang menjaga anak mereka yang mendapatkan
rawatan di dalam PICU ini. Saya nak buat solat hajat. Saya nak serahkan segala-galanya
pada Allah. Dalam doa terakhir saya, saya titipkan kata-kata “ YA ALLAH YA
TUHANKU. TUHAN YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG. AKU SERAHKAN SEGALANYA
KEPADAMU YA ALLAH. JIKA TERTULIS ANAKKU INI MEMANG MILIKKU LAGI KAU
SEMBUHKANLAH SAKITNYA DAN JIKA DIA BUKAN HAKKU LAGI KAU AMBILLAH NYAWANYA. AKU
TIDAK SANGGUP UNTUK MELIHAT PENDERITAANNYA LAGI.”
Selesai saja solat saya datang balik ke katil Sara. Saya nak temankan Sara sepanjang malam tu. Mungkin ini malam
terakhir saya dengan Sara. Tapi hasrat saya terbantut sebab saya tengok ada sorang nurse
duduk dihujung katil Sara. Saya taknaklah kacau kerja nurse tu lagipun banyak wayar berselirat di katil
Sara. Saya hanya cium dahi Sara dan masuk dalam bilik untuk berehat.
Hajat saya nak bangun lagi dalam pukul 3.00 pagi untuk baca yasin tapi sebab penat sangat saya hanya terjaga apabila dipanggil oleh nurse sebab Dr nak jumpa saya segera. Saya cepat-cepat bangun ke bilik air untuk
gosok gigi dan saya sempat jeling jam di dinding. Baru pukul 5.00 pagi.
“Eh awal pulak Dr panggil aku ni”.
SARA PERGI MENINGGALKAN SAYA
SARA PERGI MENINGGALKAN SAYA
Tiba je saya di katil Sara saya tengok langsir
dahpun ditarik. Saya cepat-cepat datang pada Dr yang tengah menunggu saya. “Puan,
mohon bersabar banyak-banyak. Jantung anak puan dah stop 10 minit tadi.” Ya Allah Ya
Tuhanku!!! Saya hanya angguk dan takde apa yang boleh saya katakan lagi
“Puan bagi saya 10 minit lagi untuk saya cuba”. Saya terus je pergi dari situ sebab saya nak call
suami yang dah balik malam tu tapi sebelum tu saya nak bagi masa pada Dr
untuk cuba andainya Sara mampu diselamatkan lagi. Setelah 10 minit
berlalu saya segera kembali ke katil Sara dan hanya kata-kata ini yang saya terima
“Puan, maaf anak puan tak dapat diselamatkan lagi”.
DARI ALLAH KITA DATANG PADA DIA KITA KEMBALI |
Nah inilah KATA-KATA yang
paling menakutkan pernah saya dengar. Kata-kata yang bagai merentap jantung dan
hati saya. Kata-kata yang telah melumatkan seluruh jiwa dan raga saya. “Boleh saya tengok anak
saya Dr?” Itu sahaja yang mampu saya katakan. “Sekejap ye…bagi nurse saya
selesaikan tugasnya sekejap bersihkan anak puan..” Terkilannya saya sebab tak dapat tengok Sara menghembuskan nafasnya yang terakhir. Saya betul-betul penat sampaikan tak sedar untuk bangun pada pukul 3 pagi seperti yang saya harapkan. Selepas tu barulah saya
call ayah Sara, Mak saya, pengasuhnya, saudara-mara dan sahabat-sahabat Saya.
Saat saya tiba dikatil Sara
jiwa saya hancur melihat wajah Sara. Sara saya sudah tidak bernyawa, hanya
jasadnya yang kaku. Sara saya yang kurus badannya sudah membulat comel jadinya.
Saya cium berkali-kali pipinya yang sudah bertukar kebiru-biruan. Saya cium
sepuas hati saya. Anak saya sudah menjadi JENAZAH. Sukar saya menerima
ketentuan ini. Tapi ini takdir. Takdir yang harus saya terima. Terasa kejapnya saya menjaga Sara sakit, hanya dua hari sahaja.
Sepanjang perjalanan pulang ke rumah Mak saya, Sara erat di dalam pelukan saya. Air mata saya tak henti-henti mengalir. Saya tak pernah
rasa erti kehilangan. Kehilangan seseorang yang sangat bermakna dalam hidup
saya tapi hari ini saya dah laluinya. Rasanya sangat pedih umpama hati
dihiris dengan pisau yang sangat tajam.
Masa Mak saya panggil saya mandikan Sara, saya riba
Sara atas pangkuan saya sambil dibantu oleh seorang tukang mandi jenazah dan Makcik saya.
Suami pula membantu menjirus air menggunakan getah paip. Suami menangis hiba di
sisi saya tapi saya cuba tahan air mata saya dari jatuh. Saya ingin selesaikan
tugas saya. Semasa tengah mandi tu ada darah mengalir keluar dari hidung Sara hingga terpaksa kami sumbat dengan kapas untuk stopkan darah tu. Oh ! Hibanya hati saya melihat keadaan Sara.
Habis saja urusan memandikan Sara dan masa nak dikafankan nafas saya semakin tak menentu. Saya tahu
hanya ada sedikit saja masa saya bersama Sara. Selesai semuanya seluruh
keluarga dipanggil untuk memberi penghormatan terakhir pada Sara. Saya orang
pertama yang mengucup Sara. Saya renung lama wajah permata hati saya itu yang pernah memberi bahagia dalam hidup saya walaupun hanya seketika.
"Pergilah sayang, pergilah nyawa Mama. Mama redha segala-galanya. Tunggu Mama di syurga sayang."
SIKSANYA MENANGGUNG RINDU
Petangnya selepas Sara selamat dikebumikankan, saya masih menangis sambil mencium baju Sara. Mak dan Ayah saya hanya mampu berkata sabar melihat saya. Sekejap saya menangis, sekejap saya diam. Ya..Allah sangat siksa masa tu. Saya rasa nak ikut je Sara, nak temankan dia. Saya tak sanggup, tak sanggup kenangkan Sara yang dah tiada di sisi saya. Tiba-tiba cuaca mendung, awan gelap, guruh mula berdentum dentam. Saya berdiri di tingkap bilik saya. Hati mula terasa cemas dan gelisah. Saya takut Sara basah, sejuk sebab selalunya kalau hujan dan kilat berbunyi saya akan pastikan Sara berada dalam pelukan saya. Selama ini juga tidur Sara lena di atas tilam, berbantal dan berselimut tapi kini Sara saya tidur di atas 'tanah'. Kesiannya anak saya. Tiba-tiba saya rasa ada suara berbisik pada saya. Usah risau tentang diri Sara kerana Sara saya sudah dalam 'jagaan Allah'. Saya dan Sara sudah berbeza dunia. Saya mula tenang dan pasrah bahawa kami tidak dapat bersama lagi. Tiada lagi Sara di sisi yang memberi bahagia pada saya Ayah dan Abangnya. Tiada lagi buah hati manja saya. Sara sudah pergi jauh dari saya, sudah kembali kepada Allah. Sejak itu saya mula belajar menerima hidup ini tanpa Sara. Walaupun mulanya sangat siksa..sangat derita tapi saya harus tempuh juga. Menanggung kerinduan pada Sara juga kadang-kadang buat saya hampir-hampir hilang pertimbangan tapi bila kenangkan hidup perlu diteruskan saya kembali pasrah dan redha. Saya perlu kuat tambahan pula saya masih ada lagi abang Sara yang memerlukan perhatian saya.
Gambar percutian saya bersama Sara di Cameron Highland dua minggu sebelum Sara meninggalkan saya untuk selamanya |
Menatap gambar Sara selepas itu bagai mencarik-carik hati saya. Semua gambar Sara disimpan. Tapi kini gambar Sara sudah kembali menghiasi rumah saya semula. Sesekali bercakap dengan gambar Sara, saya rasa bahagia. Berdoa kesejahteraan Sara di sana juga belum pernah saya terlupa melakukannya. Menziarahi pusara Sara juga rutin saya setiap minggu. Hanya itu yang dapat saya lakukan. Saya sama sekali tidak akan melupakan Sara yang pernah hadir dalam hidup saya walaupun sekejap (7 bulan seminggu) tapi cukup membahagiakan saya.
Pusara Sara yang colour pink (saya suka colour pink selepas Sara lahir)
Inilah erti sebuah kehidupan. Walaubagaimanpun kasih dan sayangnya kita pada seseorang tetap tidak dapat mengatasi kasih sayang Allah kepada setiap hambaNya. Saya juga ingin para pembaca di luar sana ambil maklum tentang keadaan kesihatan anak masing-masing. Nampak sihat tapi belum tentu tidak sakit. Mungkin kalau pihak hospital membuat follow up pada Sara lepas tubuhnya membiru dulu mungkin Sara saya mampu diselamatkan. Mungkin penyakit jantung Sara dapat dikesan lebih awal. Tapi sudah tertulis setakat itu sahaja umur Sara. Saya tidak menyalahkan mana-mana pihakpun cuma selepas pemergian Sara saya sangat prihatin dengan kesihatan anak-anak saya.
Alhamdulillah, Dania Qasrina adik Sara yang dilahirkan 11 bulan selepas itu |
penulisan akak sgt mnyentuh perasaan..Arwah sara tenang di sana..menanti mamanya di syurga..
ReplyDeleteHelniza...sebenarnya bila baca tajuk saja saya dah tahu entry ini mungkin menggugurkan airmata saya sebagai seorang ibu.
ReplyDeletePada mulanya saya tak berani nak baca,tapi saya cuba kuatkan hati untuk baca juga.Memang cukup menyentuh.Saya sendiri belum tentu sekuat awak.
Awak mampu menulis dan menceritakan semula apa yang berlaku.Tabahkan hati yer.
Saya tahu cerita ni biar 100 tahun pun,ia takkan lenyap dari fikiran kan... seperti baru semalam berlalu.
Menangis saya baca kisah Sara. Takziah ye.
ReplyDeleteSalam takziah puan. Sedih hati tak tertahan bila membaca post ini.
ReplyDeleteSemoga Sara tenang di sana..dan banyak-banyak bersabar sis
ReplyDeleteAlfatihah..sis i tak mampu tahan air mata..
ReplyDeletemy husband gv u link... i baca sambil pump susu...
blh i taw... arwah sara sakit jantung disebabkn hentakn dr jatuh..
atau sakit tu dr awl dh ade simptom cuma tak perasan..maaf tye...
Assalamuakum.. puan
ReplyDeleteMembaca coretan puan mengimbaukan kembali saat saat terakhir kedua kedua putera sy pergi meninggalkan saya.. sakitnya menanggung beban hanya Allah yg tahu,,dalam ms 6 bln sy kehilangan org putra. Syukur kerana kita adalah diantara insan insan yg terpilih...dijadikan cahayamata kita sbg bidadari syurga...
Assalamualikum sahabat... ni semua asbab allah untuk mengambil kembali hak nya... saya hampir 6 bulan bby ain zulaikha pergi menemui allah swt... pergi tak kan kembali.. sya masih mencari kekuatan.. berkat sokongan suami keluarga n anak2 saya kena terus kuat.. ain zulaikha asbab kematiannya kerna chikien pox deman n jangkitan kuman... sudah tertulis ain zulaikha hanya pinjaman hanya genap umurnya 9 bulan... perginya tanpa diduga.. rasanya bagaikan mimpi.. sbenarnya itu benar2 terjadi... Allah berat ujian ni untuk kami... malahan anak2 turut terkesan kehilangan adik tersayang.. betapa kami rindukn telatah nya dalam skelip mata allah ambik balik haknya.. mati itu pasti.. redha sabar n ikhlas akan ketentuan nya adalah yg terbaik... allah yg lebih mengetahui kekuatan seorang hambanya.. slepas ain pergi.. ramai shabat ibu2 syurga yg hadir sbagai teman rapat.. mereka pendorng untuk terus kuat bangkit mencari kekuatan... rindu pada anak syurga bby ain zulaikha kian menebal... tapi janji allah itu pasti..anak syurga ini laa yang akan memberikan syafaat untuk ibu bapa nya nanti disana... dan insyallah akan dikembalikan semula pada kami bila tiba waktunya... sayang awak rindu awak.. tuan nur ain zulaikha..
ReplyDelete