• Promosi bulan Ini

    Beli 6 percuma 1. Penjimatan melebihi RM100. Sah sehingga hujung bulan ini sahaja.

  • Vivix - Si Tonik Ajaib

    Vivix tidak dikenali dengan nama jolokan Si Tonik Ajaib kalau ia bukan benar-benar menghairankan ramai pengamal perubatan.

  • Bisnes dengan RM75? Ada ke?

    Anda tidak perlu mempunyai rumah kedai yang sewanya RM2000 sebulan untuk berniaga. Tidak perlu meminjam bank untuk mencari modal. Cukuplah dengan RM65 dan kehendak hati yang tinggi. Insya-Allah pasti berjaya. Saya akan tunjukkan caranya.

Tuesday, November 25, 2014

ASAM PEDAS MANIS

Salam sejahtera buat semua pembaca blogmamadanialdania. Semoga anda semua sentiasa dilimpahi dengan kasih sayang dan rahmat Allah S.W.T.
 
Saya sedang terfikir-fikir nak masak apa petang ni untuk makan malam kami. Menunya ringkas je. Tapi apa ye? Sedang terfikir-fikir ni teringat pulak kisah 10 tahun dulu. Resepi pertama saya di rumah mertua setelah 3 hari berumahtangga. Masa kecil saya dipelihara oleh opah saya. Saya sangat manja dan tak pernah buat kerja rumah. Sampailah saya remaja dan kembali tinggal dengan mak saya. Bila mak sibuk memasak di dapur saya baring di dalam bilik. Takde perasaan sikitpun nak tolong mak. Dasar anak dara pemalas (hihihi, saya mengaku ye). Lepas mak siap masak tanpa rasa bersalah keluar bilik dan terus ambik pinggan untuk makan. Berbulu je mata mak saya agaknya  tengok aksi anak dara dia..ampun ye mak!!!
 
Aktiviti wajib waktu mak memasak di dapur
So masa saya di rumah mertua selepas 3 hari berkahwin selepas semua adik beradik suami balik ke rumah masing-masing bermulalah episod menakutkan dalam hidup saya yang saya tak pernah terfikir pun selama ni..hahaha.
 
"Dah tengahari ni, apalagi masak lah, perut dah lapar ni." En suami saya order masakan pertama pada wife dia tanpa tahu sikitpun latar belakang tahap kecekapan saya di dapur.
"MASAK? Saya masak?" Saya tanya En suami balik tanpa rasa bersalah..hihihi.
 
"Ha, awaklah masak, sapa lagi."
 
ABANG, SAYA TAK TAHU MASAK. Hati saya menjerit nak bagitahu hal sebenar tapi saya tak boleh jatuhkan maruah saya sewenang-wenangnya di depan suami. Mana boleh malulah saya..hahaha...
 
Tak boleh jadi ni. Saya terus call mak saya. Saya mesti mintak satu resepi hari ni pada mak saya, mesti.
 
"Hello mak! Tolong mak. Orang kene masak ni...nak masak apa?"
Jawapan yang saya dapat tentulah bebelan dari mak saya. Dekat 10 minit jugak saya terpaksa tadah telinga dengar syarahan percuma dari mak saya.
 
"Dulu orang masak kamu tidur dalam bilik."Pot pet pot pet lagi mak saya menyambung bebelnya. Oh ibuku tersayang ini bukan masanya untuk membebel mak tolonglah perturunkan satu resepi buat anakmu ini. Saya merintih di dalam hati..huhuhu
 
"Ha masak je asam pedas ikan..bahan-bahannya...bla..bla..bla..cara masaknya bla..bla..bla."
 
Ok selesai je sesi menuntut resepi dari mak saya, saya terus ke dapur. Ala, senang je resepi mak bagi tu.. Ingat susah sangat masak. Wah sempat lagi saya berlagak manja ye anda semua.Selesai je masak saya terus hidangkan pada suami yang dah lapar nak makan tengahari dan tentunya tak sabar-sabar nak rasa air tangan pertama isteri dia. Kebetulan bapa dan makcik suami takde di rumah jadi kami berdualah yang makan dulu. Saya cedok nasi dan letakkan ikan dipinggan suami dan tengok dia menjamah masakan pertama saya tu.
 
Sekadar gambar hiasan
 


"Ni asam pedas ikan ke bubur ikan?" Eh biar betul encik abang saya ni. Sedap mulut dia je cakap saya masak macam tu. Saya renung muka dia sebab rasa tak puas hati.
 
"Awak rasa kalau tak caya." Dia tahu saya tak puas hati dengan dia.
 
Saya ambil dan rasa sesudu asam pedas tu. Memang manis, manis ya amat.hahaha..berapa kilo agaknya gula yang tumpah dalam asam pedas saya tu. Baru saya teringat yang saya main campak je bahan-bahan dalam tu.Saya pikir semua dah sedap. Tapi saya silap. Dan haritu saya terpaksa juga mengaku di depan suami yang saya memang tak pandai memasak. Langsung tak tahu. Nasi pun saya pandai masak masa umur saya 17 tahun itupun ayah saya yang ajar cara masaknya kebetulan mak saya takde di rumah hantar rombongan pengantin ke Melaka. Terasa menyesalnya saya tidak menuntut ilmu memasak dari mak saya selama setahun saya dalam tempoh bertunang dengan suami. Sekarang sapa yang malu? Saya jugakkan. Sejak peristiwa tu saya berazam untuk belajar memasak. Saya ingin buktikan pada suami yang dia tak rugi memilih saya sebagai teman hidupnya. Wah gitu.hahaha.
 
Setiap hari saya mengambil resepi yang ada di dalam internet. Saya print, bawa balik dan tampal di dinding. Kalau orang boleh masak setengah jam saya pulak mengambil masa satu jam untuk menyiapkan hidangan saya. Saya tak kisah janji saya pandai masak. Dan alhamdullillah setelah 10 tahun menjadi seorang isteri saya sudah boleh memasak semua lauk pauk, nasi minyak, nasi lemak, nasi ayam beberapa jenis kuih muih tradisional juga saya minat membaking kek. In shaa Allah dimasa akan datang nanti boleh saya kongsi resepi yang sedap-sedap dengan anda semua ye. Moralnya di sebalik kisah ni buat semua anak-anak dara di luar sana yang masih belum bertemu jodoh  atau masih lagi di alam persekolahan sila belajar memasak ye adik-adik semua. Jangan jadi macam kisah saya ni.
 
Kata orang tua-tua nak tambat hati suami ikat dulu perutnya.
 

Tuesday, November 18, 2014

SERINGGIT YANG LEBIH BERHARGA



Salam Sejahtera buat semua pembaca blog mamadanialdania. Moga anda semua sentiasa dipayungi rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T. Jom kita kongsi cerita ini. Semoga ia memberi manfaat kepada kita semua.

RM 1 DAN RM 100

Wang kertas RM1 dan RM100 diperbuat dari kertas yg sama dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ketika dicetak, mereka bersama, tetapi berpisah di bank dan beredar di masyarakat.




Bagaimanapun, 4 bulan kemudian mereka bertemu semula secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Maka mereka pun berbual:

Wang RM100 bertanya kepada RM1; "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan berbau hamis?"



RM1 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus ke tangan orang bawah daripada buruh, penjaja, penjual ikan dan di tangan pengemis".




Lalu RM1 bertanya balik kepada RM 100; "Kenapa kamu begitu baru, rapi dan masih bersih?"



RM100 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus disambut perempuan cantik, dan beredarnya pun di restoran mahal, di kompleks membeli-belah dan juga hotel berbintang serta keberadaanku selalu dijaga dan jarang keluar dari dompet."




Lalu RM1 bertanya lagi; "Pernahkah engkau berada di tempat ibadah?" RM100 menjawab; "Belum pernah"

RM1 pun berkata lagi; "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku selalu berada di seluruh tempat ibadah, dan di tangan anak-anak yatim piatu dan fakir miskin bahkan aku bersyukur kepada Tuhan.



Aku tidak dipandang sebagai sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat.


 

Lantas menangislah RM100 kerana berasa besar, hebat, tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini.

 





Saturday, November 15, 2014

KERANA SENGGUGUT BUAH PINGGANG ROSAK


        Salam sejahtera buat semua pembaca blog mamadanialdania. Saya doakan anda semua sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T.
 
SENGGUGUT OH SENGGUGUT
 
Aduh!!Sakitnya
 
         Hari ni saya nak kongsikan dengan anda semua mengenai sakit senggugut. Senggugut ataupun PERIOD PAIN ini adalah penyakit wajib yang menyerang saya sejak zaman sekolah lagi. Zaman muda remaja gitu. Kadang-kadang takut rasanya hendak menunggu bulan berikutnya sebab tak sanggup nak hadap sakit senggugut ni. Masa zaman sekolah dulu saya tinggal di asrama dan pernah dilantik sebagai AJK Kesihatan untuk bantu mana-mana pelajar asrama perempuan yang sakit. Masa tu saya dibekalkan satu peti ubat yang penuh dengan ubat-ubatan. Antara ubat wajib yang warden akan bekalkan ialah Panadol Menstrual. Panadol ni adalah ubat yang paling banyak stok dalam peti ubat saya. Entah siapa yang memberi info selepas itu panadol ni kalau kerap diambil boleh menyebabkan mandul. Semua taknak ambil panadol tu dah. Wah begitu memandang masa depan betul kami dimasa tu walhal SPM pun tak habis lagi...hihihi.  
 
Panadol ini wajib diambil sewaktu senggugut menyerang
 
 SENGGUGUT ADALAH NORMAL BAGI KEBANYAKAN WANITA
  
           Masalah senggugut ini kerap berlaku pada mereka yang belum berkahwin. Tapi selalunya apabila sudah berkahwin dan melahirkan anak penyakit senggugut ini akan hilang kebiasaannya. Tapi ada juga yang terus mengalaminya walaupun selepas bersalin. Saya pula Alhamdulillah penyakit senggugut saya terus hilang selepas saya berkahwin dan melahirkan anak.


Emosi berubah secara tiba-tiba apabila diserang senggugut

Mohon pasangan ataupun ahli keluarga memahami emosi wanita yang diserang 
senggugut ini 
Perut akan rasa seolah-olah 'cramp' apabila sakit menyerang. Ada sesetengahnya  sakit hingga berguling-guling dan hanya mampu baring sahaja 
 
     KESILAPAN RAMAI WANITA LAKUKAN APABILA DISERANG SENGGUGUT
 
              Ramai wanita yang mengambil jalan mudah mengambil ubat penahan sakit untuk meredakan kesakitan senggugut ini. Mungkin dengan pengambilan ubat ini sahaja sakit mereka akan hilang walhal ramai yang tidak menyedari pengambilan ubat tahan sakit yang tidak terkawal ini boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang. Mungkin kalau diambil sesekali mungkin tidak menjadi masalah tapi kalau memang bergantung sepenuhnya pada ubat ini bagaimana pulak ye? Setiap bulan selama bertahun-tahun hanya ubat ini yang ditelan dan untuk kesan jangka panjang memang merisikokan buah pinggang untuk rosak.
 
PAIN KILLER yang sering diambil oleh kebanyakan wanita untuk meredakan
kesakitan akibat senggugut
 
Adakah kita nak buah pinggang kita, anak atau adik kita rosak ye? Buah pinggang bukan boleh ditukar ganti  takan umur masuk 40 tahun terpaksa pula melalui proses dealisis akibat buah pinggang yang sudah rosak.
 
MENGHILANGKAN SENGGUGUT SECARA SEMULAJI DAN SELAMAT
 
Saya rasa sangat bersalah kalau saya tak kongsikan ini dengan anda semua. Untuk remaja dan wanita yang mengalami senggugut ini ada produk selamat yang menggunakan bahan semulajadi tanpa  sebarang bahan kimia.
 
APA ITU GLA COMPLEX
 
 
 
Apa yang boleh saya kongsikan ialah sejak saya mengenali Shaklee, barulah saya sedar rupa-rupanya ada penyelesaian secara semulajadi kepada kebanyakan masalah kesihatan termasuk senggugut yang sering dialami oleh kebanyakan wanita dan kita boleh mengurangkan kebergantungan pada ubat-ubatan yang kebanyakannya berasaskan dadah.GLA Complex (Gama Linolenik Acid) yang sangat berkesan, In Sha Allah.Lagipun apa yang sangat penting GLA Complex daripada Shaklee ini tidak mempunyai perisa, pemanis, warna atau sebarang pengawet tambahan. Ia selamat kerana betul-betul semulajadi.Syukur Alhamdulillah dah ramai wanita yang menggunakan GLA dan terbukti dapat menyelesaikan bermacam-macam masalah berkaitan hormon seperti senggugut (period pain), haid yang tidak teratur, masalah kesuburan wanita, fibroid dan cyst.
 
TESTIMONI PENGGUNA GLA COMPLEX
 
 
TESTIMONY 1

 
TESTIMONY 2

 

TESTIMONY 3
 
 


 TESTIMONY 4
 
 

TESTIMONY 5



TESTIMONY 6
 
 
          Suka saya mengingatkan sekali lagi kepada anda semua, elakkan anak anak atau adik adik kita makan ubat berasaskan DADAH kerana ia akan MEMBEBANKAN BUAH PINGGANG mereka untuk jangka masa panjang. Kalau sebelum ni kita tak tahu semua ni dan pastikan kita tak melakukannya lagi demi kesejahteraan kesihatan dimasa depan. Cuma hari ini, selepas saya berkongsi semua ini saya harap sangat-sangat agar anda semua dapat belajar sesuatu.


Dapatkan GLA untuk diri sendiri, anak atau adik perempuan anda hari ini...

Jika anda rasa berminat untuk mengetahui lebih detail mengenai GLA Shaklee ini, anda boleh menghubungi saya pada nombor telefon di bawah. Jangan risau, anda utarakan masalah anda itu kepada saya dan saya akan berikan konsultasi terbaik secara PERCUMA kepada anda.


Jika anda rasa entry ini bermanfaat untuk orang lain, mohon anda click button LIKE di bawah dan SHARE entry ini dengan rakan-rakan yang lain. Mungkin satu KLIK LIKE daripada anda dapat 'menyelamatkan' nyawa orang lain. Terima kasih.
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
 

Hubungi Helniza bt Saruddin untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE


HELNIZA BT SARUDDIN
Shaklee ID : 1169494
012-5674034 (Call, SMS, WhatsApp)

joe_ieza@yahoo.com

Friday, November 7, 2014

TUNGGU MAMA DI PINTU SYURGA


Salam sejahtera buat semua pembaca yang sudi mencuri waktu melayan nukilan saya ini. Semoga anda semua dikurniakan segala kebaikan dunia dan akhirat dari Allah S.W.T.
Maafla semua ye  sebab coretan pertama   saya  ini berkisar tentang “seseorang” yang pernah dipinjamkan seketika dalam hidup saya satu waktu dulu. Mungkin ada yang akan cakap buat apa nak imbau kisah silam benda dah berlalukan. Tapi ini kenangan, sejarah hidup saya jadi saya nak abadikannya.    Mana tahu dengan perkongsian kisah ini ada para ibu di luar sana yang ada anak-anak yang berkeadaan seperti arwah anak saya  dulu mungkin masih ada kesempatan lagi untuk bertindak.

DANIA QAISARA  
Saya sangat gembira selepas saya melahirkan puteri saya ini pada 24.09.2009. Namanya Dania Qaisara.  Terasa lengkaplah hidup saya masa tu sebab dah ada sepasang cahayamata. Anak sulung saya lelaki dan masa itu berumur 5 tahun. Saya besarkan Sara nama manjanya dengan penuh kasih sayang sehingga kadangkala saya macam tak nampak sangat  abang dia..hihihi bukan tak sayang ye tapi lebih pada Saralah tumpuan saya masa tu  (excited sangat dapat anak perempuan)

Dania Qaisara

SARA SAKIT?
Masa terus berjalan sampailah umur Sara mencecah 7 bulan. Apa yang saya nampak Sara tak aktif, Sara tak boleh meniarap   dan Sara tak riang macam baby sebaya dia. Sara jugak selalu demam. Bila saya bawa jumpa Dr tapi Dr cakap ok, takde masalah. Semuanya nampak ok walaupun saya rasa ada yang tak kena dengan Sara sampailah satu  hari  pengasuh Sara bagitahu tentang nafas Sara yang tak teratur dan  laju masa dia tidur. “Takdelah kak, saya tengok ok jer”. Saya nafikan apa yang  Kak Iefa cakap sebab saya rasa Sara sihat je. Salahkah saya sebab tak prihatin dengan Sara? Saya prihatin..sangat-sangatlah prihatin lagipun Sara menyusu badan dengan saya. Tentu saya lagi nampak keadaan Sara macamanakan. Setiap hari Sara tidur dalam pelukan saya. Tapi mungkin Allah nak tutup mata saya untuk semua ini atau senang kata memang sudah tertulis nasib Sara.
Hinggalah sesuatu yang menakutkan terjadi dalam hidup saya pada suatu hari. Pada 23/04/2010 ketika saya di bilik air anak sulung bagitahu Sara jatuh dari katil. Saya berlari keluar dan  saya tengok Sara dah ada di celah katil. Terus saya angkat Sara dan dia hanya menangis sikit mungkin terkejut sebab jatuh agaknya.  Kebetulan suami saya takde malam tu jadi saya terus call Mak saya  sebab risau first time Sara jatuh katil. Mak saya cakap In Sha Allah ok, takde apa-apa.
Besoknya 24/04/2010 saya dan suami  bersiap-siap nak hantar anak sulung  yang ada temasya sukan Tadikanya di Komplek Sukan di Stadium berhampiran rumah saya. Selepas tu kitorang terus bawa Sara ke klinik sebab Sara demam pagi tu. Selesai semua urusan di klinik kami datang balik ke  stadium nak tengok sukan anak sulung tapi sebab dah lambat sukanpun dah habis. So kitorang terus balik lagipun Sara tak sihat.
Tiba saja di rumah  saya nak susukan Sara dulu sebelum bagi dia makan ubat tapi saya tengok mata Sara separuh terbuka. Saya panggil nama dia banyak kali tapi langsung takde respond. Saya dapat rasakan Sara berada dalam keadaan yang membimbangkan jadi saya dan suami terus kejarkan Sara ke hospital. Tiba  di hospital Sara terus dibawa kebahagian  kecemasan.  Selesai semua urusan Sara terus ditolak ke  wad Pediatrik. Tak sampaipun 10 minit  sorang nurse bagitahu saya Sara perlu ke wad PICU sebab keadaannya kritikal. Allahuakbar..dugaan apakah ini ya Allah untukku?
SARA SAKIT JANTUNG?
Sebaik saja Sara ditempatkan di wad PICU seorang Dr datang bertanyakan  keadaan sebenar Sara macamana. Saya ceritakan semuanya termasuk kes Sara jatuh dari katil.  Dr buat pemeriksaan dan saya lega bila Dr bagitahu punca Sara jadi macam tu bukan sebab jatuh katil sebab Dr cakap kalau jatuh dari tempat tinggi dalam anak mata akan ada darah   tapi keadaan Sara ok.  Cuma yang mengejutkan saya apabila Dr cakap  JANTUNG Sara dah rosak.  Sara ada sakit jantung????Mustahil Sara sakit…mustahil. Tapi dulu semasa umur Sara 3 hari seluruh badan Sara pernah biru secara tiba-tiba. Bila dibawa ke hospital dan ditahan selama dua hari Dr cakap semuanya ok. Tiada masalah apa-apa, tiada juga follow up dari hospital selepas itu.  Walaupun persoalan mengapa tubuh Sara boleh jadi biru terus menjadi tanda tanya pada saya tapi tiada jawapan yang pasti atau mungkin itulah petanda awal Sara sakit jantung. Hati saya menidakkan semua ini tapi jiwa saya dapat merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku pada Sara. Ini gerak rasa saya, naluri keibuan saya.  Setiap perkembangan Sara akan dilaporkan oleh Dr kepada saya. Hinggalah keesokan harinya pada 25/04/2010 Sara diberitahu berada dalam keadaan kritikal. Dr berusaha dengan memberikan ubat yang paling kuat untuk Sara tapi ubat itu langsung tak berfungsi pada tubuh Sara lagi. Selain dari jantung yang dah rosak kini hati Sara pula sudah gagal berfungsi juga akibat jangkitan kuman. Ya Allah Ya Tuhanku betapa besar ujianMu padaku Ya Allah. Saya panjatkan doa supaya Sara saya dapat terus bertahan.
 

Keadaan Sara sewaktu sedang kritikal di wad PICU

Tak sanggup melihat penderitaan Sara

MASA-MASA TERAKHIR BERSAMA SARA
Malamnya saya bacakan surah yasin di sisi Sara dan saya letakkan tangan saya  atas ubun-ubunnya. Saya nak  Sara rasa sentuhan tangan saya. Sentuhan tangan ibu yang telah melahirkannya ke dunia ini. Sentuhan tangan ibu yang  sangat-sangat mengasihinya selama ini. Mana tahu dengan sentuhan saya itu ada keajaiban berlaku. Selepas itu saya dipanggil oleh seorang Dr sebab nak bagitahu  keadaan terkini Sara.

"Puan saya mintak maaf, anak puan sangat kritikal..buah pinggangnya juga dah rosak sebab jangkitan kuman. Peluang dia untuk terus hidup hanya 50-50”. Kata-kata terakhir Dr itu melemahkan seluruh jasad saya. Kaki saya lembik untuk berdiri dan saya hampir jatuh. Saya betul-betul rasa dunia saya gelap secara tiba-tiba. Seorang kenalan yang turut menjaga anaknya di depan katil Sara sempat menarik saya duduk di kerusi. Saya menangis disitu. Menangis semahu-mahunya. Saya tahu Sara tidak akan lama lagi dengan saya. Saya terus  ke katil Sara, saya pegang ubun-ubunnya dan saya cium  lama dahi Sara .
Saya terus masuk ke dalam bilik yang disediakan untuk para ibu yang menjaga anak mereka yang mendapatkan rawatan di dalam PICU ini. Saya nak buat solat hajat. Saya nak serahkan segala-galanya pada Allah. Dalam doa terakhir saya, saya titipkan kata-kata “ YA ALLAH YA TUHANKU. TUHAN YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG. AKU SERAHKAN SEGALANYA KEPADAMU YA ALLAH. JIKA TERTULIS ANAKKU INI MEMANG MILIKKU LAGI KAU SEMBUHKANLAH SAKITNYA DAN JIKA DIA BUKAN HAKKU LAGI KAU AMBILLAH NYAWANYA. AKU TIDAK SANGGUP UNTUK MELIHAT PENDERITAANNYA LAGI.”

Selesai saja solat saya  datang balik ke katil Sara. Saya nak temankan Sara sepanjang malam tu. Mungkin ini malam terakhir saya dengan Sara. Tapi hasrat saya terbantut sebab saya tengok ada sorang nurse duduk dihujung katil Sara. Saya taknaklah kacau kerja nurse tu lagipun banyak wayar  berselirat di katil Sara. Saya hanya cium dahi Sara dan masuk dalam bilik untuk berehat. Hajat saya nak  bangun lagi dalam pukul 3.00 pagi untuk baca yasin  tapi sebab penat sangat saya hanya terjaga apabila dipanggil oleh nurse sebab Dr nak jumpa saya segera. Saya cepat-cepat bangun ke bilik air untuk gosok gigi dan saya sempat jeling jam di dinding. Baru pukul 5.00 pagi. “Eh awal pulak Dr panggil aku ni”.

SARA PERGI MENINGGALKAN SAYA
Tiba je saya di katil Sara saya tengok langsir dahpun ditarik. Saya cepat-cepat datang pada Dr yang tengah menunggu saya. “Puan, mohon bersabar banyak-banyak. Jantung anak puan dah stop 10 minit tadi.” Ya Allah Ya Tuhanku!!! Saya hanya angguk dan takde apa yang boleh saya katakan lagi “Puan bagi saya 10 minit lagi untuk saya cuba”. Saya terus je pergi dari situ sebab saya nak call  suami yang dah balik malam tu tapi sebelum tu saya nak bagi masa pada Dr untuk cuba andainya Sara mampu diselamatkan lagi. Setelah 10 minit berlalu saya segera kembali ke katil Sara dan hanya kata-kata ini yang saya terima “Puan, maaf anak puan tak dapat diselamatkan lagi”.


DARI ALLAH KITA DATANG PADA DIA KITA KEMBALI
 
Nah inilah KATA-KATA yang paling menakutkan pernah saya dengar. Kata-kata yang bagai merentap jantung dan hati saya. Kata-kata yang telah melumatkan seluruh  jiwa dan raga saya. “Boleh saya tengok anak saya Dr?” Itu sahaja yang mampu saya katakan. “Sekejap ye…bagi nurse saya selesaikan tugasnya sekejap bersihkan anak puan..” Terkilannya saya sebab tak dapat tengok Sara menghembuskan nafasnya yang terakhir. Saya betul-betul penat sampaikan tak sedar untuk bangun pada pukul 3 pagi seperti yang saya harapkan. Selepas tu barulah saya call ayah Sara, Mak saya, pengasuhnya, saudara-mara dan sahabat-sahabat Saya. 
Saat saya tiba dikatil Sara jiwa saya hancur melihat wajah Sara. Sara saya sudah tidak bernyawa, hanya jasadnya yang kaku. Sara saya yang kurus badannya sudah membulat comel jadinya. Saya cium berkali-kali pipinya yang sudah bertukar kebiru-biruan. Saya cium sepuas hati saya. Anak saya sudah menjadi JENAZAH. Sukar saya menerima ketentuan ini. Tapi ini takdir. Takdir yang harus saya terima. Terasa kejapnya saya menjaga Sara sakit, hanya dua hari sahaja.
          Sepanjang perjalanan pulang ke rumah Mak saya, Sara erat di dalam pelukan saya. Air mata saya tak henti-henti mengalir. Saya tak pernah rasa erti kehilangan. Kehilangan seseorang yang sangat bermakna dalam hidup saya tapi hari ini saya dah laluinya. Rasanya sangat pedih umpama hati dihiris dengan pisau yang sangat tajam.  Masa Mak saya panggil saya  mandikan Sara, saya riba Sara atas pangkuan saya sambil dibantu oleh seorang tukang mandi jenazah dan Makcik saya. Suami pula membantu menjirus air menggunakan getah paip. Suami menangis hiba di sisi saya tapi saya cuba tahan air mata saya dari jatuh. Saya ingin selesaikan tugas saya. Semasa  tengah mandi tu ada darah mengalir keluar dari hidung Sara hingga terpaksa kami sumbat dengan kapas untuk stopkan darah tu. Oh ! Hibanya hati saya melihat keadaan Sara.

Habis saja urusan memandikan Sara dan masa nak dikafankan nafas saya semakin tak menentu. Saya tahu hanya ada sedikit saja masa saya bersama Sara. Selesai semuanya seluruh keluarga dipanggil untuk memberi penghormatan terakhir pada Sara. Saya orang pertama yang mengucup Sara. Saya renung lama wajah permata hati saya itu yang pernah memberi bahagia dalam hidup saya walaupun hanya seketika.
"Pergilah sayang, pergilah nyawa Mama. Mama redha segala-galanya. Tunggu Mama di syurga sayang."

         SIKSANYA MENANGGUNG RINDU

Petangnya selepas Sara selamat dikebumikankan, saya masih menangis sambil mencium baju Sara. Mak dan Ayah saya hanya mampu berkata sabar melihat saya. Sekejap saya menangis, sekejap saya diam. Ya..Allah sangat siksa masa tu.  Saya rasa nak ikut je Sara, nak temankan dia. Saya tak sanggup, tak sanggup kenangkan Sara yang dah tiada di sisi saya. Tiba-tiba cuaca mendung, awan gelap, guruh mula berdentum dentam. Saya berdiri di tingkap bilik saya. Hati mula terasa cemas dan gelisah. Saya takut Sara basah, sejuk sebab  selalunya kalau hujan dan kilat berbunyi saya akan pastikan Sara berada dalam pelukan saya. Selama ini juga tidur Sara lena di atas tilam, berbantal dan berselimut tapi kini Sara saya tidur di atas 'tanah'. Kesiannya anak saya. Tiba-tiba saya rasa ada suara berbisik pada saya.  Usah risau tentang diri Sara kerana Sara saya sudah dalam 'jagaan Allah'. Saya dan Sara sudah berbeza dunia. Saya mula tenang dan pasrah bahawa kami tidak dapat bersama lagi. Tiada lagi Sara di sisi yang memberi bahagia pada saya Ayah dan Abangnya. Tiada lagi buah hati manja saya. Sara sudah pergi jauh dari saya, sudah kembali kepada Allah. Sejak itu saya mula belajar menerima hidup ini tanpa Sara. Walaupun mulanya sangat siksa..sangat derita tapi saya harus tempuh juga. Menanggung kerinduan pada Sara juga kadang-kadang buat saya  hampir-hampir hilang pertimbangan tapi bila kenangkan hidup perlu diteruskan saya kembali pasrah dan redha. Saya perlu kuat tambahan pula saya masih ada lagi abang Sara yang memerlukan perhatian saya.

Gambar percutian saya bersama Sara di Cameron Highland dua minggu  sebelum Sara meninggalkan saya untuk selamanya


      Menatap gambar Sara selepas itu bagai mencarik-carik hati saya. Semua gambar Sara disimpan. Tapi kini gambar Sara sudah kembali menghiasi rumah saya semula.  Sesekali bercakap dengan gambar Sara, saya rasa bahagia. Berdoa kesejahteraan Sara di sana juga belum pernah saya terlupa melakukannya. Menziarahi pusara Sara juga rutin saya setiap minggu. Hanya itu yang dapat saya lakukan. Saya sama sekali tidak akan melupakan Sara yang pernah hadir dalam hidup saya walaupun sekejap (7 bulan seminggu) tapi cukup membahagiakan saya.

 
Pusara Sara yang colour pink (saya suka colour pink selepas Sara lahir)
 


Inilah erti sebuah kehidupan. Walaubagaimanpun kasih dan sayangnya kita pada seseorang tetap tidak dapat mengatasi kasih sayang Allah kepada setiap hambaNya. Saya juga ingin para pembaca di luar sana ambil maklum tentang keadaan kesihatan anak masing-masing. Nampak sihat tapi belum tentu tidak sakit. Mungkin kalau pihak hospital membuat follow up pada Sara lepas tubuhnya membiru dulu mungkin Sara saya mampu diselamatkan. Mungkin penyakit jantung Sara dapat dikesan lebih awal. Tapi sudah tertulis setakat itu sahaja umur Sara. Saya tidak menyalahkan mana-mana pihakpun cuma selepas pemergian Sara saya sangat prihatin dengan kesihatan anak-anak saya.


Alhamdulillah, Dania Qasrina adik Sara yang dilahirkan 11 bulan selepas itu