Tuesday, November 18, 2014

SERINGGIT YANG LEBIH BERHARGA



Salam Sejahtera buat semua pembaca blog mamadanialdania. Moga anda semua sentiasa dipayungi rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T. Jom kita kongsi cerita ini. Semoga ia memberi manfaat kepada kita semua.

RM 1 DAN RM 100

Wang kertas RM1 dan RM100 diperbuat dari kertas yg sama dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ketika dicetak, mereka bersama, tetapi berpisah di bank dan beredar di masyarakat.




Bagaimanapun, 4 bulan kemudian mereka bertemu semula secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Maka mereka pun berbual:

Wang RM100 bertanya kepada RM1; "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan berbau hamis?"



RM1 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus ke tangan orang bawah daripada buruh, penjaja, penjual ikan dan di tangan pengemis".




Lalu RM1 bertanya balik kepada RM 100; "Kenapa kamu begitu baru, rapi dan masih bersih?"



RM100 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus disambut perempuan cantik, dan beredarnya pun di restoran mahal, di kompleks membeli-belah dan juga hotel berbintang serta keberadaanku selalu dijaga dan jarang keluar dari dompet."




Lalu RM1 bertanya lagi; "Pernahkah engkau berada di tempat ibadah?" RM100 menjawab; "Belum pernah"

RM1 pun berkata lagi; "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku selalu berada di seluruh tempat ibadah, dan di tangan anak-anak yatim piatu dan fakir miskin bahkan aku bersyukur kepada Tuhan.



Aku tidak dipandang sebagai sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat.


 

Lantas menangislah RM100 kerana berasa besar, hebat, tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini.

 






Apa Komen Anda

Related Posts:

  • MENITI KEDEWASAAN DIMUSIM CUTI Salam sejahtera buat semua pembaca blog mamadanialdania. Saya doakan anda semua sentiasa gembira menjalani kehidupan seharian. Musim cuti sekolah sudah dua minggu lebih berlalu. Setiap minggu ada je jemputan kendu… Read More
  • SERINGGIT YANG LEBIH BERHARGA Salam Sejahtera buat semua pembaca blog mamadanialdania. Moga anda semua sentiasa dipayungi rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T. Jom kita kongsi cerita ini. Semoga ia memberi manfaat kepada kita semua. RM 1 DAN RM 100 … Read More
  • AIMAN ANAK DISLEKSIA (PART 1) Salam sejahtera buat semua pembaca blog mamadanialdania. Saya doakan anda semua sentiasa berada di bawah rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T. Semoga hari-hari yang mendatang sentiasa diselimuti kebahagiaan.  Mama mener… Read More
  • TUNGGU MAMA DI PINTU SYURGA Salam sejahtera buat semua pembaca yang sudi mencuri waktu melayan nukilan saya ini. Semoga anda semua dikurniakan segala kebaikan dunia dan akhirat dari Allah S.W.T. Maafla semua ye  sebab coretan per… Read More
  • KERANA SENGGUGUT BUAH PINGGANG ROSAK         Salam sejahtera buat semua pembaca blog mamadanialdania. Saya doakan anda semua sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T.   SENGGUGUT OH SENGGUGUT   … Read More

0 comments:

Post a Comment