Wednesday, December 10, 2014

MENITI KEDEWASAAN DIMUSIM CUTI


Salam sejahtera buat semua pembaca blog mamadanialdania. Saya doakan anda semua sentiasa gembira menjalani kehidupan seharian. Musim cuti sekolah sudah dua minggu lebih berlalu. Setiap minggu ada je jemputan kenduri kahwin di sana sini. Mana yang berkesempatan kita pergi kita pergilahkan mana yang tak sempat nak pergi bolehlah kita kirim sampul angpau pada kawan-kawan yang pergi sekurang-kurangnya adalah saguhati untuk tuan rumah ye. Selain dari majlis kenduri kahwin aktiviti wajib lain dimusim cuti ni apalagi kalau tak majlis berkhatan. Anak saya pun salah seorang 'mangsa' jugak. hihihi. Jom kita kongsi kebaikan berkhatan ni dari sudut kesihatan ye.
 
  1. Mengurangkan risiko jangkitan saluran kencing
  2. Mengurangkan risiko jangkitan penyakit kelamin dikalangan lelaki
  3. Perlindungan terhadap kanser zakar
  4. Mencegah penyakit 'balanitis' iaitu keradangan pada kepala zakar
  5. Mencegah penyakit 'balanoposthitis' iaitu keradangan pada kepala zakar dan kulit kulup
  6. Mencegah 'phimosis' iaitu kulit kulup yang ketat (buta) dimana ia tidak boleh ditarik ke belakang untuk mengeluarkan kepala zakar
  7. Mencegah 'paraphimosis' iaitu kulit kulup yang ketat dan tidak dapat dikembalikan kepada kedudukan asal. Ianya menjerut di bahagian pangkal kepala zakar dan ianya sangat sakit

Kalau ikutkan saya nak khatankan anak pada 1 Dis tapi klinik tu dan penuh so tarikh yang kosong pada 8 Dis je. Terlupa pulak tu tarikh birthday anak bujang saya yang ke 10 jadi takde keklah untuk birthday tahun ni. Takpe kek boleh beli lepas baik khatan nanti.
 
Saya pilih untuk khatankan anak di Klinik Raoofah (Pakar Bersalin dan Sakit Puan) yang terletak di Slibin, Ipoh. Banyak juga cadangan klinik lain dari kawan-kawan pejabat tapi saya tergerak nak cuba klinik ni sebab sebelum ni kawan saya dah khatankan anaknya di klinik ni jugak Alhamdulillah tak sampai seminggu dah baik dah lagipun saya nak cuba kaedah 'clamp'yang ada diklinik ni.
 
Klinik Raoofah
Jom kita kongsi kaedah-kaedah berkhatan yang ada. Mana tahu ada ibu bapa yang nak melalui anak berkhatan nanti mungkin ini boleh dijadikan panduan.
 
KAEDAH TRADISIONAL
 
kaedah cara lama
Kaedah berkhatan tradisional biasanya dilakukan oleh Tok Mudim yang tidak menggunakan bius. Kebiasaannya, pesakit dikehendaki untuk berendam didalam air sejuk selama beberapa lama sebelum menjalani proses berkhatan untuk memberi rasa kebas. Teknik ini menggunakan kelengkapan seperti pisau, gunting dan penyepit. Teknik ini adalah agak rumit kerana ianya memerlukan teknik jahitan bagi menjahit luka. Proses penjagaan selepas selesai berkhatan kaedah tradisional juga dikatakan sedikit rumit dan luka memakan masa lama untuk sembuh.
 
KAEDAH KONVENSIONAL
 
‘Cautery’
Kaedah konvensional adalah penambahbaikan kepada kaedah tradisional. Penggunaan bius telah digunakan bagi mengurangkan rasa sakit semasa proses berkhatan. Terdapat berbagai jenis peralatan yang boleh digunakan untuk kaedah konvensional ini. Kaedah konvensional yang lebih murah ialah dengan menggunakan pisau (blade) dan gunting. Teknik jahitan pula digunakan untuk memberhentikan pendarahan. Kaedah lain yang lebih mahal ialah dengan menggunakan alat yang  dimanakan ‘Cautery’ bagi menggantikan penggunaan pisau dan gunting. Alat ini sering disalah erti sebagai laser. Cautery ini adalah satu alat yang menggunakan elektrik atau bateri. Ia menghasilkan haba di hujungnya dan boleh digunakan untuk memotong lebihan kulit dan membakar salur darah bagi mengurangkan pendarahan. Namun, kaedah ini mengambil masa yang lama sedikit di antara 20 minit sehingga 45 minit bergantung kepada pesakit dan tahap pendarahan.
 
KAEDAH MODEN
'clamp'
Kaedah rawatan moden adalah dengan menggunakan bius dan menggunakan teknik sepitan atau ‘Clamp’ bagi menggantikan teknik potong dan jahitan. Kaedah ini adalah cepat kerana tidak memerlukan jahitan. Selepas 7 hari, pesakit hanya perlu pergi ke klinik untuk menanggalkan ‘Clamp’. Walaubagaimanapun, ada terdapat sedikit masalah terpencil terhadap teknik ‘Clamp’. Kebanyakan pesakit akan dapat menanggalkan ‘Clamp’ dengan mudah secara sendiri, namun ada sebahagian kecil yang menghadapi masalah ketika proses penanggalan.
Sekiranya penyembuhan luka tidak berlaku dengan sempurna, ketika proses membukanya kadang-kadang pesakit akan merasa sakit kerana berlaku sedikit pendarahan.
 
WAKTU BERKHATAN DAH TIBA
 
Jadi sampai masa yang ditetapkan anak saya semakin berdebar. Malam 8 Dis dia tidur pukul 12.00 malam tapi pukul 4.00 pagi dah terjaga. Kes takutlah tu mata tak mau lena. Temujanji dengan Klinik pukul 10.30 pagi. Kami sampai agak lewat sikit. Setelah selesai pendaftaran anak saya adalah orang terakhir yang akan dikhatankan sebab klinik ini hanya mengambil 5 orang pesakit saja untuk dikhatankan pada setiap hari. Selesai membuang air kecil dan menukar memakai kain pelikat anak saya terus duduk dikerusi yang disediakan dengan debaran dihati.
 

Sabar menunggu giliran
Senyum je dalam hati tak siapa tahu
 
Tiba je giliran anak saya dipanggil dia masuk ke dalam bilik rawatan sambil ditemani suami dan abang saya. Saya pula hanya menunggu di luar bilik sebab bawa anak bongsu sekali. Tak sampaipun 10 minit dalam bilik Dr saya hanya dengar raungan dan jeritan je. Aduhaila anak jangan bagi ibu awak berdebar di luar ye. Alhamdulillah dalam masa lebih kurang setengah jam segala urusan anak saya selesai. Leganya hati bila tengok dia keluar dari bilik rawatan dengan sengihan lebar, tadi bukan main lagi menjeritnya. Sabar je lah. So selesai semua saya ke kaunter untuk menjelaskan bayaran perubatan. Bagi teknik 'clamp' ini bayaran yang dikenakan adalah berjumlah RM180.Ubat-ubat juga dibekalkan seperti ubat tahan sakit, alahan, antibiotic dan juga cream sapu selepas cucian.
 
SESI BERPANTANG SELEPAS BERKHATAN
 
Berpantang dari segi pemakanan
Ada banyak pendapat sebenarnya mengenai berpantang. Terpulang kepada masing-masing. Kalau ikut doktor, tak perlu berpantang pun . Kalau saya pulak secara peribadi saya lebih suka ambil langkah berjaga-jaga. Sepanjang tempoh luka masih belum kering, saya tak bagi anak saya makan makanan laut, ayam dan ikan yang boleh membuatkan gatal (cth ikan kembung) dan juga ikan yang berbisa (cth ikan mayong, sembilang dan pari). Kalau kes biasa, luka ambil masa lebih kurang seminggu untuk kering (bagi yang cepat ada juga lepas 3 hari dah ok). Jadi, bukanlah teruk sangat nak berpantangkan? Saya paling takut kalau luka jadi gatal, bernanah atau lambat kering, lagi kes naya. Ada juga orang pesan jangan minum air banyak-banyak sangat, nanti lambat baik. Tak tahulah saya betul ke betul. Anak saya minum macam biasa, sederhana sahaja. Takut juga kalau tahan-tahan sangat minum nanti kencing tak lawas, sakit pulak bila nak buang air kecil.

Berpantang dari segi aktiviti lasak
Ada sesetengah budak lepas 3 hari dah baik katanya, boleh berlari macam tak ingat dunia. Tetapi berjaga-jagalah juga ya takut bentan  dan luka berdarah balik. Seelok-eloknya bagi masa untuk anak berehat. Saya memang suruh anak saya baring je sebab dia ni lasak orangnya tak reti duduk diam.  
 
Berehat sakan
 
Mungkin sessi berkhatan ni adalah 'cuti terindah' kot dalam hidup anak saya di musim cuti sekolah ni. Jadi pada semua ibu bapa di luar sana yang masih ada anak belum dikhatankan mungkin entri saya ini boleh dijadikan panduan untuk anda di luar sana.

Jika anda rasa entry ini bermanfaat untuk orang lain, mohon anda click button LIKE di bawah dan SHARE entry ini dengan rakan-rakan yang lain. Mungkin satu KLIK LIKE daripada anda dapat memberi manfaat pada yang lain. Terima kasih.

 



Apa Komen Anda

0 comments:

Post a Comment