Tuesday, January 27, 2015

ERTI SEBUAH PELUANG KEDUA

Salam sejahtera buat semua pembaca blog mamadanialdania. Saya doakan anda semua sentiasa dalam rahmat dah kasih sayang Allah SWT hendaknya. Wah dah lama rasanya saya tak menulis sibuk dengan urusan kerja, minggu lepas pulak saya ada kursus di Kuala Lumpur selama dua hari. Tapi kene curi masa jugak sikit sebab saya taknak blog kesayangan saya ni bersawang, penat saya nak clearkan nanti. hihihi...


Tak boleh lama-lama tak update blog nanti bersawang...hihihi
 
Minggu lepas dunia hiburan sedikit kecoh dan panas apabila penyanyi kesayangan ramai Zamani Slam ditangkap polis kerana kes dadah. Sapa tak kenal Zamani kan di zaman topnya dulu. Saya jugak membesar dengan lagu-lagunya seperti Gerimis Mengundang, Nur Kasih, Tak Mungkin Berpaling dan banyak lagi lagu popular yang lain . Zamani ni ada tarikan sebab suaranya sedap dan jugak sebab muka dia boleh tahan hensem ye. Wah ! gitu. Ni kenyataan hokey. Sehari lepas dia ditangkap polis kecoh pulak bila video dia menyanyi dengan tangan bergari tersebar hingga menjadi viral di laman sosial. Sesuatu yang tidak sepatutnya terjadi pada seorang OKT (Orang kene tuduh) hingga diaibkan sebegitu rupa.  Tentu ia menjadi tamparan hebat dalam hidup Zamani. Tapi apakan daya semuanya sudah terjadi.






Dalam MELODI Ahad lepas ada Zamani menjawab isu tentang dirinya. Saya jugak berlinangan air mata bila tengok dia menangis dan mohon diberi peluang kedua untuk berhadapan dengan masyarakat. Kata abang sulung Zamani "jangan masa dia popular kita puja tapi bila jadi macam ni kita buang dia".
 
ERTI PELUANG KEDUA DALAM HIDUP SESEORANG YANG TELAH 'JATUH'

 
 
Inilah yang saya nak kongsikan dengan anda semua dalam entry saya kali ni. Erti peluang kedua yang didambakan oleh mereka yang telah melalui zaman kejatuhan dan kegelapan. Siapapun dia kita berhak memberi peluang kedua padanya. Saya teringat kisah seorang sahabat saya. Namanya terpaksa saya rahsiakan demi menjaga privasinya. Kawan saya berkahwin dengan seorang lelaki yang telah disahkan mengidap penyakit AIDS. Setelah mengambil keputusan untuk berkahwin dengan suaminya dia telah menerima kaunseling dari pejabat agama dan diminta memikir semasak-masaknya keputusan yang telah dibuatnya itu kerana melibatkan masa depannya tapi kawan saya tekad untuk menerima suaminya itu. Alasan yang diberikan "dia berhak diberikan kehidupan kedua, mungkin dulu dia silap sebab terlibat dengan dadah dan sekarang dia sakit, aku nak jaga dia".  Tak sampai setahunpun hidup bersama, suaminya meninggal dunia. Tapi sampai sekarang saya tetap menganggap kawan saya seorang yang hebat sebab sanggup mengorbankan masa depannya. Kalau saya berada ditempat kawan saya tu pun saya tak pasti samada saya boleh buat atau tidak. Terlalu sukar rasanya.

MENGAPA PERLU PELUANG KEDUA DIBERIKAN

Setiap orang yang pernah melakukan kesilapan, perlu diberi peluang kedua untuk membetulkan setiap kesalahan tersebut. Sebagai manusia biasa kadang-kadang kita tergelincir dari landas kehidupan yang sebenar. Orang yang mintak diberikan peluang kedua ni selalunya mereka yang benar-benar menyesali dan menginsafi perbuatan yang telah dilakukan. Kita perlu memberi peluang kedua supaya mereka dapat membaiki kesilapan semalam agar ia tidak  tidak berulang kembali. Tapi sebenarnya kalau kita mintak peluang pada manusia memang ada hadnyalakan tapi kalau kita mohon peluang pada Allah SWT mintalah seberapa banyak peluang pun selagi matahari tidak muncul dari barat...Insyaallah akan diperkenankan kerana Allah itu maha pengasih dan penyayang. So, sama-samalah kita bermuhasabah dalam kehidupan ni ye. Kalau boleh usahlah kita melakukan sebarang kesilapan yang boleh menyebabkan rasa sesal seumur hidup kita nanti. Akhir kata dari saya "Jika anda dapat peluang kedua ataupun seterusnya, gunakanlah peluang itu sebaiknya sebab belum tentu kita akan dapat peluang yang lain pada masa akan datang."
 
 

 * Jika anda rasa entri ini memberi manfaat buat anda dan orang ramai di luar sana, sila tekan butang LIKE dan dipersilakan SHARE. Semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan menjadi salah satu pencen kubur kita semua.


Apa Komen Anda

0 comments:

Post a Comment